• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Honda Shogo, Kereta Elektrik Khas untuk Bantu, Ceriakan Pesakit Kanak-Kanak

Honda Shogo, Kereta Elektrik Khas untuk Bantu, Ceriakan Pesakit Kanak-Kanak

December 22, 2021 By Shawkath Leave a Comment

46
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA menghasilkan kereta elektrik (EV) mini yang dikhaskan untuk membantu dan menceriakan pesakit cilik berusia 4 hingga 9 tahun di hospital Kesihatan Kanak-Kanak Orange County (CHOC), Amerika Syarikat.

Dipanggil Shogo, pesakit kanak-kanak kini boleh memandu EV itu dari wad mereka untuk menghadiri janji temu perubatan di CHOC dengan cara paling menyeronokkan. Terdahulu, kanak-kanak akan dibawa ke bilik perubatan menggunakan kerusi roda.

BACA >>> Mesin Rumput Honda HF2417 (2020), Harga RM34k! Ada yang Berminat?

Honda Shogo - 5
Honda Shogo - 4

Shogo direka dengan kerjasama jurutera Honda dan staf CHOC untuk memastikan konsep EV tersebut menepati objektif. Honda turut mendirikan trek ujian di hospital berkenaan dengan mempelawa kanak-kanak memandu uji prototaip Shogon.

Langkah itu diambil dengan pengawasan rapi dalam usaha memastikan Shogo menjadi kenderaan yang selamat dan mesra pengguna.

BACA >>> Honda, Komatsu Bangunkan Jengkaut Mini Elektrik!

Honda Shogo - 1
Honda Shogo - 2

Apa menarik tentang Shogo?

  • Boleh mencapai kelajuan 8kmj, tetapi dihadkan kepada 1.6kmj untuk tujuan keselamatan dan kesesuaian kanak-kanak.
  • Roda belakang boleh ‘diapungkan’ untuk membolehkan jururawat, doktor atau penjaga mengambil alih kawalan.
  • Kereta disambung dengan bar hendal khas yang direka untuk memegang drip IV
  • Ada bonet depan untuk menyimpan mainan kanak-kanak.
  • Juga dilengkapi pemegang cawan, hon aneka bunyi dan pemegang khas untuk nombor plat ciptaan sendiri pesakit.

BACA >>> Projek Motosikal Mini Elektrik Honda Guna Kamera Sebagai Pengganti Cermin Sisi
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Beza Jarak Roda (Wheelbase) Panjang vs Pendek?

SUMBER: CarScoops

Related

46
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda4 Tagged With: Honda, Honda Shogo, Hospital Kesihatan Kanak-Kanak Orange County (CHOC), Kerusi Roda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev