• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Skuter EV Hero Electric Optima HX Kini Ada Ciri Kawalan Jelajah, Harga Mula RM3.1k Sahaja

Skuter EV Hero Electric Optima HX Kini Ada Ciri Kawalan Jelajah, Harga Mula RM3.1k Sahaja

December 20, 2021 By Han Othman Leave a Comment

88
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BIASANYA ciri kawalan jelajah untuk motosikal hanya diberikan kepada motosikal kuasa besar, terutama dalam segmen advencer dan cruiser.

Namun, lain pula dilakukan pengeluar skuter elektrik dari India, Hero Electric yang baru saja memperkenalkan ciri itu untuk produk skuter elektrik jenama itu, Optima HX dan dijual di pasaran pada harga bermula 55,580 rupee (RM3,100) sahaja.

BACA >>> Singapura Lancar Skuter Elektrik Pertama, Sekali Cas 200km, Harga RM40k!
BACA >>> India Sasar Pelan Bebas Emisi, Motosikal Bawah 150cc Mesti Enjin Elektrik Pada 2025

Ciri baharu itu membolehkan penunggang mengekalkan kelajuan nalar pada halaju tertentu untuk memberikan pengalaman tunggangan lebih selesa dan lancar. Fungsi tersebut dapat diaktifkan semudah menekan butang kawalan jelajah.

Sebaik saja diaktifkan, panel meter akan memaparkan indikator simbol kawalan jelajah dan sama seperti terdapat pada motosikal lain, ciri berkenaan boleh dinyah aktif dengan menekan brek atau memulas terotel.

Berikut spesifikasi ringkas Optima HX:

  • Kelajuan maksimum: 42kmj
  • Kuasa motor: 550 watt | 220 watt
  • Saiz roda: 12 inci
  • Kapssiti bateri: 51.2V/30Ah
  • Jarak tunggangan sekali cas: 82km
  • Masa cas penuh: 4-5 jam

Menurut Hero Electric, beberapa ciri baharu seperti Kawalan Jelajah menjadi sebahagian sistem bersepadu sedia ada pada motosikal itu seperti konektiviti Bluetooth dan akses navigasi (GPS).

Selain ciri baharu itu, Hero Electric juga bakal melancarkan pusat teknologi baharu, menambah pasukan kajian dan penyelidikan (R&D) dan merekrut bakat baharu untuk pembangunan trenkuasa dan rekabentuk kenderaan. Pengeluar itu juga akan terus bekerjasama dengan pelbagai syarikat pemula (start-up) kenderaan elektrik (EV) dan rakan kongsi peringkat satu.

Hero Electric juga akan menumpukan kepada pembangunan Internet Benda (IoT), kecekapan tenaga, konektiviti dan vertikal produk antaramuka pengguna dalam tahun mendatang.

BACA >>> Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
BACA >>> GDEX Perkenal Skuter Elektrik untuk Operasi Penghantaran

hero-optima-hx-1
hero-optima-hx-2
hero-optima-hx-3
hero-optima-hx-blue
hero-optima-hx-grey
hero-optima-hx-red
hero-optima-hx-white

SUMBER: BikeWale

Related

88
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Cruise Control, Hero Electric, Hero Oprima HX, Kawalan Jelajah, roda2, skuter elektrik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev