• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ribut Petir, Hujan Berterusan Diramal Landa Negeri Utara Hari Ini, Esok

Ribut Petir, Hujan Berterusan Diramal Landa Negeri Utara Hari Ini, Esok

December 21, 2021 By Wahid Leave a Comment

357
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran selepas mengesan satu lagi lekukan tropika (tropical depression).

Amaran itu diumumkan tidak lama selepas baru saja mengeluarkan kenyataan cuaca dijangka bertambah baik. Namun kali ini, lekukan tropika itu datang dari arah bertentangan, iaitu barat laut sekitar Lautan Andaman. MetMalaysia berkata, ia berkemungkinan besar bergerak ke arah tenggara, iaitu ke arah Selat Melaka.

MetMalaysia juga mendakwa lekukan berkenaan boleh menyebabkan  ribut petir atau garis badai (garis hujan lebat) di negeri Semenanjung bermula 21 Disember (hari ini). Agensi itu juga menasihatkan negeri di utara Pantai Barat Malaysia bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan, terutama Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak (Kerian & Larut, Matang dan Selaman).

IMG_9178
IMG_9179

Beberapa agensi sedang melaporkan kawasan Aceh di utara Pulau Sumatera, Indonesia sedang mengalami hujan lebat dan ribut petir. Malah MetMalaysia juga melaporkan ribut petir di Perlis pada waktu berita ini ditulis.

Lekukan tropika pada Sabtu lalu menyebabkan hujan berterusan yang turut menyebabkan bencana banjir teruk di beberapa negeri Semenanjung, dan kerja menyelamat masih giat dijalankan ketika ini.

Pada masa sama, MetMalaysia turut mengeluarkan Siaran Media menafikan berita palsu terdapat fenomena 'Kepala Ribut' di luar Pantai Timur yang disebarkan menerusi aplikasi Whatsapp.

Agensi itu juga mengingatkan sesiapa yang menyebarkan berita palsu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang menetapkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Related

357
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Amaran Hujan Berterusan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Lekukan Tropika, Met Malaysia, Tropical Depression

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev