MODEL MPV Proton Ertiga secara rasmi akan diperkenalkan pada 24 November depan. Tempoh berkurung berkaitan Proton Ertiga juga sudah tamat apabila kebanyakkan rakan media sudahpun mengeluarkan artikel pandu uji masing-masing.
Bagaimanapun, hanya beberapa foto teaser saja diberikan oleh Proton untuk dikongsi bersama rakyat Malaysia.
BACA>> Kenapa Orang Ramai Perlu Pilih Proton Ertiga? Inilah 5 Jawapan Ringkas Diberikan Oleh Proton…
Seperti biasa, pakar manipulasi foto, Ajerul Antoine hari ini mengeluarkan gambar penuh Proton Ertiga.
PanduLaju turut difahamkan Ajerul sedang 'bikin' Proton Ertiga versi premium yang hadir dengan bodykit. Mari kita sama-sama nantikan.
Bagi anda yang terlepas membaca artikel kami sebelum ini, PanduLaju ada sediakan 10 Perkara Tentang Proton Ertiga Yang Perlu Anda Tahu, Termasuk Foto Teaser.
Leave a Reply