SERAMAI 10 maut, kebanyakannya kanak-kanak dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan, termasuk treler di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) USJ Lebuhraya Elite menghala Shah Alam, malam tadi. Mangsa maut terdiri daripada lapan kanak-kanak, seorang lelaki dewasa dan seorang perempuan dewasa.
Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 11.42 malam dan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dengan bantuan enam anggota dari BBP Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian.
BACA >>> Kajian: Sistem Bantuan Pemandu Kurang Berkesan Jika Pandu Ketika Hujan
BACA >>> #ApaNakBuat: Apa Perlu Saya Pakai Jika Menunggang Ketika Hujan
Kemalangan melibatkan:
- 3 kereta - Dua Proton Wira, satu Perodua Axia
- 1 treler
- 17 mangsa keseluruhan
Punca kemalangan:
Wira dipandu suami bersama isteri dan lapan anaknya dikatakan rosak di lorong kecemasan. Suami mangsa berada luar kenderaan bersama mekanik yang datang membaiki kereta mereka.
Kemudian datang sebuah treler dari belakang merempuh kereta mangsa dan kereta mekanik, termasuk sebuah Axia yang kebetulan di tempat kejadian. Insiden berlaku ketika hujan lebat.
Mangsa maut ialah:
- 1 lelaki dewasa dalam Wira.
- 1 perempuan dewasa dan lapan anak (terdiri daripada lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan, termasuk bayi 10 bulan) dalam satu lagi Wira. Terperosok bawah treler.
Mangsa cedera:
- 1 lelaki dalam Axia - patah kaki; 1 perempuan dewasa dalam kereta sama - cedera ringan.
- Pemandu treler dan dua kanak-kanak dalam kenderaan itu terselamat.
Mangsa nahas terpaksa dikeluarkan menggunakan alatan khas dan dibantu kren bagi mengangkat treler. Semua mangsa dikeluarkan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
BACA >>> Kanak-Kanak Maut Baju Hujan Tersangkut Rantai Motor
SUMBER: SinarHarian | UtusanOnline
Leave a Reply