• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Limosin Mewah Mercedes S 580 e (2022) Kini di Malaysia, Harga Masih Tanda Tanya

Limosin Mewah Mercedes S 580 e (2022) Kini di Malaysia, Harga Masih Tanda Tanya

December 15, 2021 By Shawkath Leave a Comment

211
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MERCEDES-Benz Malaysia (MBM) memilih melabuhkan tirai tahun ini dengan memperkenalkan limosin mewah S-Class edisi 2022, dan hanya satu varian diperkenalkan, iaitu versi hibrid plug-in (PHEV) S 580 e (2022).

Bagaimanapun, MBM tidak mendedahkan harga jualan rasmi sedan mewah itu dan dijangka diumumkan dalam masa terdekat.

BACA >>> Mercedes-Benz A-Class 200, AMG Line Sedan CKD Masuk Pasaran, Harga Mula RM210k!

MB S-Class_ (6)
MB S-Class_ (19)

Berikut perinciannya S 580 e (2022):

  • Trenkuasa jenis 6-silinder sebaris 3.0L Turbo berkuasa 367hp @ 5,500-6,100rpm dan tork 500Nm @ 1,600-4,500rpm. dengan motor elektrik berkuasa 147.5hp dan tork 440Nm.
  • Sistem tranxmisi jenis automatik 9G-Tronic 9-kelajuan.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 5.2 saat, manakala kelajuan maksimum 250kmj.

BACA >>> #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?

MB S-Class_ (13)
MB S-Class_ (23)
  • Rekabentuk lebih anggun dengan garis badan baharu, dan rekaan gril lebih besar. Ada tambahan aksen krom pada beberapa bahagian luaran badan.
  • Hendal pintu jenis pop-up yang kembali ke dalam pintu apabila tidak digunakan, berasaskan teknologi KEYLESS-GO.

BACA >>> Siapa Cetus Trend Pelekat Kucing Goyangkan Ekor di Cermin Belakang Kereta?

MB S-Class_ (27)
MB S-Class_ (64)
  • Lampu utama lebih tirus dan lebar dengan padanan lampu siang (DRL) LED dan lampu signal belok.  Lampu depan juga jenis Digital LED, terdiri daripada 1.3 juta cermin mikro untuk pancaran resolusi 2.6 juta piksel. Lampu belakang bentuk segitiga menyerlahkan gaya mewah sedan Mercedes.
  • Dimensi badan lebih besar berbanding S-Class terdahulu, iaitu panjang 5,179mm, lebar 1,921mm, dan tinggi 1,503mm.

BACA >>> Rolls-Royce Boat Tail (2021) - Kereta Ultra Mewah Harga RM117 Juta!

MB S-Class_ (47)
MB S-Class_ (46)
MB S-Class_ (57)
MB S-Class_ (60)
  • Lebih ringan kira-kira 60kg dengan penggunaan material aluminium pada struktur kenderaan.
  • Sistem suspensi udara Airmatic dengan peredam adaptif. Rim aloi saiz 19 inci dan dibalut tayar 255/45.
  • Ruang kabin menyerlahkan elemen mewah dengan konsep papan pemuka minimalis menerusi perubahan ventilator penyaman udara.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Kegunaan Gear Rendah dalam Kereta Transmisi Automatik?

MB S-Class_ (32)
MB S-Class_ (34)
  • Dilengkapi unit infotainmen skrin sentuh OLED 12.8 inci, diposisikan menegak di tengah papan pemuka.
  • Kluster instrumen digital 12.3 inci dengan efek paparan tiga dimensi (3D).
  • Unit infotainmen dimuatkan sistem multimedia MBUX (Mercedes-Benz User Experience) dengan konektiviti Android Auto dan Apple CarPlay.
  • Ada tambahan dua skrin 11 inci untuk hiburan penumpang belakang, dan tidak lupa juga set kepala wayarles dan tablet android 7 inci.

BACA >>> Inilah 8 Sebab M̶a̶k̶w̶e̶ Orang Muda Boleh Jatuh Cinta dengan Honda City Hatchback!

MB S-Class_ (68)
MB S-Class_ (50)
  • Material kabin menggunakan trim kayu, kulit Nappa dan kemasan hitam berkilat dan upholsteri pada stereng.
  • Tambahan lain ialah bumbung suria panoramik, kawalan iklim automatik (auto-climate control), pengecas telefon wayarles, termasuk untuk penumpang belakang dan lampu ambien terang.
  • Ada beg udara untuk penumpang belakang dan pengimbas cap jari.

BACA >>> Syarikat India Cipta Kit Penghidup Motosikal Guna Cap Jari, Siap GPS untuk Kesan Lokasi
BACA >>> Toyota Land Cruiser (2022 ) Perkenal Ciri Pengimbas Cap Jari, Elak Kes Curi
BACA >>> Kajian: Sistem Bantuan Pemandu Kurang Berkesan Jika Pandu Ketika Hujan

MB S-Class_ (19)
MB S-Class_ (6)
MB S-Class_ (13)
MB S-Class_ (23)
MB S-Class_ (27)
MB S-Class_ (64)
MB S-Class_ (47)
MB S-Class_ (46)
MB S-Class_ (57)
MB S-Class_ (60)
MB S-Class_ (34)
MB S-Class_ (32)
MB S-Class_ (68)
MB S-Class_ (50)

Related

211
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: KEYLESS-GO, Mercedes S 580 e (2022), Mercedes-Benz Malaysia (MBM), S-Class, sedan saiz penuh

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev