SUAMI sepatutnya jadi pelindung kepada isteri dan anak, tetapi ini sebaliknya pula yang menimpa seorang wanita bernama Amira Nabila, 24, apabila suaminya tergamak memecahkan tingkap Perodua Axia miliknya di depan anak-anak.
Perbuatan ganas lelaki itu sempat dirakamkan isterinya itu menggunakan telefon bimbit sebagai langkah berjaga-jaga. Insiden berlaku Isnin lalu itu kini mula tular di media sosial selepas dimuat naik Amira.
Dalam rakaman itu, lelaki tersebut dilihat cuba menghulurkan duit menerusi tingkap yang dibuka sedikit, tetapi tiba-tiba mengamuk dengan menarik tingkap tersebut hingga pecah dan tertanggal. Tindakan melampau itu juga menyebabkan anak-anaknya menangis ketakutan.
Susulan insiden itu, Amira tampil membuat laporan polis untuk mengelakkan insiden sama berulang. Pada hari sama juga polis menahan suspek dan kini direman empat hari hingga 17 Disember untuk membantu siasatan.
Menurut sumber polis, suspek mengekori isterinya di Lorong Panglima, Jalan Teluk Wanjah dengan menunggang Honda Wave sebelum menahan Axia dengan alasan mahu menghulurkan wang kepada anak-anaknya. Sebaliknya hal lain pula yang berlaku.
Pihak polis turut melakukan ujian saringan air kencing dan disahkan negatif dadah. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 427/506 Kanun Keseksaan. Suspek difahamkan pernah berulang kali mengugut isteri dan mahu mengambil keretanya untuk dibakar. Malah, tertuduh pernah membuang angin tayar kereta isterinya itu.
BACA >>> Mana-Mana Rancak, Mat Rempit Buat Aksi Superman di Jambatan Pulau Pinang
BACA >>> Orang Malaysia Sudah Boleh Tempah Honda Civic (2022) Serba Baharu!
SUMBER: HMetro, FBAmiraNabila
Leave a Reply