• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Orang Malaysia Sudah Boleh Tempah Honda Civic (2022) Serba Baharu!

Orang Malaysia Sudah Boleh Tempah Honda Civic (2022) Serba Baharu!

December 14, 2021 By Azhan O 1 Comment

507
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Malaysia hari ini membuka tempahan untuk Civic (2022) Serba Baharu untuk pasaran Malaysia yang dijangka dilancarkan pada suku pertama 2022.

Model generasi ke-11 itu bakal tampil dengan pelbagai ciri termaju dengan mengekalkan legasi Civic dari segi gaya, pengendalian dan prestasi terbaik dalam kelas. Malah Honda Malaysia mendakwa model segmen-C itu sebagai Civic paling seronok dipandu pernah dihasilkan.

BACA >>> Honda Civic Laku Keras di Jepun, Digemari Orang Muda!

Berikut fakta pantas mengenai Honda Civic (2022) Serba Baharu yang tampil dengan slogan 'A Legacy, Reborn':

  • Menampilkan rekabentuk moden yang mengetengahkan nilai klasik dan malar segar (timeless) Honda, iaitu berorientasikan pemandu selain mengekalkan DNA Civic dan meningkat penanda aras sedan segmen-C.

  • Dimensi kini lebih panjang (4,678mm) dan lebar (1,802mm) dengan memanjangkan bahagian belakang untuk memberikan profil badan lebih rendah dan lebar.
  • Civic pertama dibangunkan menggunakan teknik pembuatan termaju Honda dan teknologi rekabentyk Lazer Brazing untuk mendapatkan garis bumbung slik dan struktur badan lebih kuat.
  • Rekabentuk serba baharu kali ini menampilkan konsep New Age Identity, iaitu sedan dengan rupa sporty, sofistikated dan premium.
Honda Civic 2022 FE Malaysia_PanduLaju_18
Honda Civic 2022 FE Malaysia_PanduLaju_28
Honda Civic 2022 FE Malaysia_PanduLaju_20
Honda Civic 2022 FE Malaysia_PanduLaju_29
  • Varian RS akan diperkenalkan buat kali pertama dalam barisan Civic dengan ciri khas seperti cermin sisi hitam, antena sirip jerung, spoiler but baharu, dan rim aloi hitam kusam 18 inci,
  • Lampu LED baharu dengan lampu siang (DRL) kini direka baharu, dengan DNA Civic  jelas terserlah pada lampu belakang kombi LED baharu yang menekankan identiti Honda.

  • Dijana enjin 1.5L VTEC Turbo berkuasa 180hp dan tork 240Nm yang lebih berkuasa daripada prestasi enjin 2.4L.
  • Ada tiga mod pandu untuk dipilih: ECON, Normal dan Sport. Mod Sport memberikan sensasi tork berkuasa dan pecutan responsif yang menjadi kebanggaan Civic.
  • Dilengkapkan teknologi termaju seperti sistem bantuan pemandu Honda SENSING yang dipertingkat untuk operasi lebih lancar dan natural.

BACA >>> Honda Lancar 3 Varian Civic 1.5L (2022) di Thailand, Harga Mula RM121k!

  • Pakej Honda SENSING kini didatangkan dengan ciri baharu, iaitu Sistem Notifikasi Kereta Depan Mula Gerak (Lead Car Departure Notification System, LCDNS) yang mana pemandu akan dimaklumkan apabila kereta depan bergerak ketika sedang berhenti menunggu di lampu isyarat.
  • Varian RS akan dilengkapi pakej penuh Honda SENSING, iaitu LCDNS, Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Susur Halaju Rendah (LSF), Sistem Brek Mitigasi Rempuhan (CMBS), Amaran Perlanggaran Depan (FCW), Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS), Mitigasi Lencong (RDM), Amaran Tukar Lorong (LDW), Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB).
  • Sebagai tambahan, varian RS juga didatangkan dengan ciri keselamatan asas lain seperti  Honda LaneWatch, enam beg udara, Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), Bantuan Pengendalian Tangkas (AHA), Signal Henti Kecemasan (ESS), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Brek Pegun Auto (ABH), Bantuan Mula Daki (HSA), Kunci Auto Walk-Away, penghidup enjin kawalan jauh, dan ciri keselamatan terbaharu untuk Civic, iaitu Pemantau Perhatian Pemandu (DAM).

Sebarang maklumat lanjut mengenai tempahan boleh kunjungi mana-mana 102 wakil pengedar Honda Malaysia berdekatan seluruh negara atau hubungi talian bebas tol, 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my atau muat turun aplikasi HondaTouch.

BACA >>> Honda Civic Type R (2023) Sedang Diuji Di Litar Nurburgring, Debut Tahun Depan
BACA >>>  Honda Thailand Catat Tempahan Lebih 3,500 Unit Civic 2021 Dalam Masa Sebulan

honda-civic-2022-malaysia-buka-tempahan-1
honda-civic-2022-malaysia-buka-tempahan-2
honda-civic-2022-malaysia-buka-tempahan-3
honda-civic-2022-malaysia-buka-tempahan-4
honda-civic-2022-malaysia-buka-tempahan-5
honda-civic-2022-malaysia-buka-tempahan-6
honda-civic-2022-malaysia-buka-tempahan-7

TENTANG CIVIC DI MALAYSIA

  • Civic adalah antara model Honda kegemaran rakyat Malaysia yang sukakan gaya cemerlang dan prestasi berkuasa.
  • Sejak diperkenalkan pada 2001, Honda Malaysia menjual hampir 148,000 unit Civic.
  • Civic generasi ke-10 yang dilancarkan pada 2016 menyumbang lebih 66,600 unit daripada keseluruhan jualan Civic, dan terus menjadi pendahulu segmen-C dengan menguasai 71 peratus pasaran segmen itu setakat Oktober 2021.

Related

507
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: A Legacy Reborn, Auto Terkini, Honda Civic (2022), Honda Civic (2022) Serba Baharu, Honda Malaysia, honda sensing

Comments

  1. Fariz says

    January 21, 2022 at 1:43 PM

    terbaik..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev