• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan Serena XV Aero (2022) yang Lebih Aerodinamik Lancar di Jepun, Harga Mula RM107k

Nissan Serena XV Aero (2022) yang Lebih Aerodinamik Lancar di Jepun, Harga Mula RM107k

December 14, 2021 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


NISSAN Serena generasi keempat dan kelima hadir dengan rekabentuk tinggi dan langsing yang tipikal untuk kenderaan pelbagai guna (MPV) kecil, atau dipanggil minivan di Jepun.

Dimensi kenderaan di sana yang perlu mematuhi saiz tertentu meletakkan Serena di bawah kategori MPV dengan panjang 4,700mm dan lebar 1,700mm. Inilah sebab ukuran panjang dan lebar Serena lebih kurang sama saja sejak dulu, dan apa berubah cuma tinggi dan jarak roda.

BACA >>> Nissan Serena J Impul Kini Ditawarkan di Malaysia - Harga RM147,800

toyota-noah
honda-stepwagn

Berbanding pesaing lain dalam segmen sama seperti Toyota Noah/Voxy dan Honda STEPWGN, Nissan mengambil langkah lebih jauh dengan menjual Serena luar pasaran Jepun.

Toyota ada memasang NAV1 (Noah) generasi kedua dan turut memperkenalkan Voxy generasi ketiga di Indonesia, tetapi Nissan lebih konsisten memasarkan Serena di sana, termasuk Malaysia sejak dulu lagi. Nissan juga mengambil langkah berani memperkenalkan Serena S-Hybrid generasi keempat dan kelima di negara kita.

BACA >>> 7 Perkara Perlu Anda Tahu Mengenai Nissan Serena S-Hybrid (2018)

Di Jepun pula, ada model lebih canggih, iaitu Serena dengan trenkuasa e-POWER yang dilancarkan pada 2018. Model itu dijana enjin 1.2L HR12DE dengan motor elektrik EM57.

Trenkuasa e-POWER bermaksud enjin pembakaran dalaman membekalkan tenaga pada motor elektrik yang bertindak memacu roda. Secara ringkas, enjin berfungsi sebagai generator dan bukan lagi menggerakkan roda.

BACA >>> Nissan Serena C27 Facelift Rasmi Jual di Jepun, Harga RM94k

SERENA XV AERO (2022)

Terbaharu, Nissan Jepun memperkenalkan Serena XV Aero (2022) yang seperti namanya, model itu lebih aerodinamik. Ia diasaskan daripada Serena XV dan dilengkapi komponen seperti berikut:

  • Bampar depan dengan lampu kabus halogen.
  • Pelindung/skirt pintu sisi (sama seperti Serena sedia ada).
  • Bampar belakang aero (sama seperti Highway Star 2019).
  • Lampu belakang dengan kombinasi LED.
  • Rim aluminium 15 inci untuk varian 4WD hibrid), dan 16 inci (2WD hibrid)
  • Kerusi dengan bahan anti-bakteria.
  • Ruang dalaman hitam.

Dari segi keselamatan, varian Serena seperti Highway Star V, Highway Star G, e-POWER Highway Star V dan e-POWER Highway Star G sudah sedia dilengkapi teknologi bantuan pemanduan ProPilot sebagai ciri asas.

Mengenai enjin, ada dua pilihan ditawarkan: 2.0L MR20DD-SM24 dengan transmisi Extronic CVT, dan 1.2L HR12DE-EM57. Berikut harga Serena XV Aero (2022) mengikut varian:

VARIANENJINPACUANTRANSMISIPENUMPANGHARGA
XV AeroMR20DD-SM242WDXtronic CVT82,893,000 yen (RM107,840)
e-POWER XV AeroHR12DE-EM572WD-73,403,400 yen (RM126,870)
XV AeroMR20DD-SM244WDXtronic CVT83,141,600 yen (RM117,110)
Nissan Serena XV Aero Electronic Shade.02
Nissan Serena XV Aero Electronic Shade.01

Serentak pelancaran Serena XV Aero (2022), Nissan turut memperkenalkan aksesori pilihan Electronic Shade yang dikeluarkan Seiko Electric. Aksesori tersebut memang canggih, iaitu lapisan filem yang boleh mengaburkan cermin hanya dengan satu sentuhan butang. Jika mahu kembali lutsinar, tekan semula butang tersebut.

Apa berlaku apabila enjin dimatikan? Cermin akan berada dalam mod kabur (shield mode). Harga untuk lima cermin ialah 238,700 yen (RM8,900) dan boleh didapati di pengedar Nissan di Jepun.

BACA >>> Nissan Sylphy e-POWER Debut di China, Guna Petrol 3.9 Liter Sahaja untuk 100km!
BACA >>> 
Jepun Perkenal Nissan Note Aura (2021), Hatchback Hibrid yang Tak Mahal Sangat!

Nissan Serena XV Aero
Nissan Serena XV Aero.01
Nissan Serena XV Aero.02
Nissan Serena XV Aero.03
Nissan Serena XV Aero.04
Nissan Serena XV Aero.05
Nissan Serena XV Aero.06
Nissan Serena XV Aero.07
Nissan Serena XV Aero.08
Nissan Serena XV Aero.09
Nissan Serena XV Aero.10
Nissan Serena XV Aero.11
Nissan Serena XV Aero.12

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), minivan, MPV, MPV mini, Nissan, Nissan Japan, Nissan Jepun, Nissan Serena, Nissan Serena XV Aero, Nissan Serena XV Aero (2022), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
    MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
    #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev