• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mazda CX-5 2017 Bakal Ada Varian Diesel dan Transmisi Manual

Mazda CX-5 2017 Bakal Ada Varian Diesel dan Transmisi Manual

November 18, 2016 By Han Othman Leave a Comment

385
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

mazda-cx5-2017-bg
MAZDA bukan sekadar menghasilkan kereta untuk memenuhi kehendak massa, tetapi turut mengambil berat tentang selera pengikut-pengikutnya. Buktinya, model Mazda CX-5 2017 ditawarkan dalam enjin diesel dan transmisi manual. Walaupun belum diketahui sama ada dua ciri itu akan dimuatkan dalam satu varian diesel-manual, tetapi pengumuman itu nyata menggembirakan fanatik-fanatiknya.

Mazda CX-5 2017 generasi kedua melakukan debut di Pameran Auto Los Angeles, Rabu lalu bersama kereta lumba terbaru Mazda, RT24-P Daytona Prototype. Walaupun bukan kereta lumba, tetapi kualiti CX-5 2017 yang dibangunkan berasaskan falsafah rekabentuk Kodo mampu meletakkan ia setanding kenderaan utiliti sukan (SUV) jenama besar seperti Jaguar F-Pace dan Porsche Macan.

Seperti model terdahulu, Mazda CX-5 2017 bakal ditawarkan dalam dua varian enjin petrol 2.0L dan 2.5L. Apa yang baharu, model kali akan memperkenalkan kemunculan Dubbed Skyactiv D, iaitu varian enjin empat silinder diesel 2.2L turbo berkembar yang sama digunakan Mazda6 diesel.

TEMBUSI PASARAN AS

mazda-cx5-2017-17

Walaupun berdepan isu skandal penipuan emisi yang dicetuskan Volkswagen hingga menyebabkan Mazda6 gagal melepasi ujian emisi, tetapi akhirnya pengeluar automobil Jepun itu dapat juga menembusi pasaran Amerika Syarikat (AS) yang memiliki potensi pembeli kereta diesel antara terbesar di dunia.

Setakat ini, spesifikasi rasmi Mazda CX-5 diesel masih belum disahkah, tetapi jika mengambil kira apa yang ada pada Mazda6, enjin digunakan mampu menghasilkan kuasa setinggi 173hp dan tork 420Nm. Tetapi ingat, walaupun Mazda kerap menghasilkan barisan model yang saling berkongsi enjin dan rentas platform, cuma CX-5 2017 sahaja yang disahkan dibekalkan dengan enjin diesel. Jadi, janganlah pula menaruh harapan tinggi akan muncul Miata versi diesel pula.

Apakah Mazda CX-5 diesel akan tiba di Malaysia? Tidak mustahil juga kerana Mazda6 diesel sudah pun sedia ada di pasaran tempatan. Cuma, kami hampir pasti CX-5 2017 versi transmisi manual tidak akan dibawa masuk kerana tiada permintaan. Apa mahu buat, majoriti orang Malaysia sudah putus asa dengan kereta manual.

Apa lagi mahu dipuji? Mazda memang tahu dan ambil kisah tentang apa yang dimahukan peminatnya. Dan mereka ialah satu-satunya pengeluar automobil dari Negara Matahari Terbit yang kami harap mampu memecah dominasi Honda dan Toyota di Malaysia. Dunia automotif kita perlukan sesuatu yang berkualiti, elegan dan meriah!

GALERI

mazda-cx5-2017-1
mazda-cx5-2017-2
mazda-cx5-2017-3
mazda-cx5-2017-7
mazda-cx5-2017-11
mazda-cx5-2017-4
mazda-cx5-2017-8
mazda-cx5-2017-6
mazda-cx5-2017-5
mazda-cx5-2017-9
mazda-cx5-2017-13
mazda-cx5-2017-17
mazda-cx5-2017-10
mazda-cx5-2017-14
mazda-cx5-2017-16
mazda-cx5-2017-15
mazda-cx5-2017-12

KREDIT FOTO: Autocar.co.uk

Related

385
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), mazda, Mazda CX-5, Mazda CX-5 2017, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev