• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Jepun Lancar CBR400R , CB400X (2022) Versi Dipertingkat, Harga Mula RM31.2k

Jepun Lancar CBR400R , CB400X (2022) Versi Dipertingkat, Harga Mula RM31.2k

December 9, 2021 By Aryon Leave a Comment

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA melancarkan CBR400R dan CB400X (2022) untuk pasaran Jepun dengan melakukan beberapa perubahan signifikan. Dua model sportbike dan naked bike itu memang popular di Jepun kerana regulasi di sana yang mana lesen motosikal 400cc ke atas adalah lebih rumit dan mahal.

CB400R (2022) dijual pada harga 841,500 yen (RM31,260), manakala CB400X (2022) berharga 858,000 yen (RM31,870).

BACA >>> Inikah Rupa Honda CBR1000R, CB1000X Baharu yang Bakal Debut Tahun Depan?

Berikut kemas kini dilakukan pada CBR400R dan CB400X (2022):

  • CBR400R (2022) kini dipasangkan suspensi spesifikasi tinggi jenis piston terpisah dan fork piston-besar (BPF) Showa untuk menambah baik aspek pengendalian keseluruhan.
  • CB400X (2022) kini memiliki fork terbalik (USD), berbanding teleskopik pada model terdahulu.
  • Sistem brek juga dipertingkat dengan brek cakera kembar di depan untuk kedua-dua model.
  • Kedua-dua model dijana enjin sama, iaitu 4-lejang 2-silinder sebaris 399cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 45.4hp @9,000rpm dan 38Nm @ 7,500rpm, manakala transmisi klac manual 6-kelajuan yang dilengkapkan klac antigelincir Assist & Slipper (A&S).
  • CBR400R menampilkan tiga pilihan warna: Grand Prix Red (merah), Matte Jeans Blue Metallic (biru) dan Matt Ballistic Black Metallic (hitam)
  • CB400X menawarkan dua pilihan warna: Pearl Glare White (putih) dan Matt Ballistic Black Metallic (hitam)

BACA >>> India Lancar Adventure Touring Honda CB200X, Harga Mula RM8.2k!
BACA >>> Honda CBR1000RR-R Fireblade SP 30th Anniversary Tampil dengan Warna Retro

CBR400R (2022)
CB400X (2022)

Related

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda, Honda CB400X (2022), Honda CBR400R (2022), Honda Jepun, naked bike, roda2, sportbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my