• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Semua Orang Sudah Boleh Pandu Kereta Elektrik dengan GoEV Serendah RM24.90 Sejam

Semua Orang Sudah Boleh Pandu Kereta Elektrik dengan GoEV Serendah RM24.90 Sejam

December 2, 2021 By Farah Leave a Comment

175
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PLATFORM langganan kereta atas talian, GoCar melancarkan program GoEV yang membolehkan pelanggan merasai pengalaman memandu kenderaan elektrik (EV) di Malaysia dengan pilihan pelan perkongsian dan langganan yang mampu milik bermula harga serendah RM24.90.

Buat masa ini, model EV yang ditawarkan dalam program GoEV ialah Nissan Leaf generasi terkini, iaitu sebanyak 25 unit untuk pelanggan sekitar Lembah Klang.

BACA >>> Kereta Elektrik Pertama Bentley Akan Keluar 2025
BACA >>> Perkhidmatan Perkongsian Kereta GoCar Kini di 100 Stesen Shell Terpilih

Setiap kereta EV hadir dengan kad ChargEV percuma bagi membolehkan pengguna mengakses hampir 300 stesen cas seluruh negara.

Program GoEV hanya terbuka kepada pemandu 18 tahun keatas yang perlu mendaftar menjadi ahli GoCar. Pelanggan perlu memilih pelan GoEV Share (Perkongsian) atau GoEV Subs (Langganan).

Pilihan pelanEV Share adalah untuk jangka masa pendek melibatkan jam atau hari dengan kadar bermula serendah RM24.90 sejam atau RM249 sehari. Pelan GoEV Subs melibatkan langganan 36 bulan pada harga RM2,299 sebulan, termasuk cukai jalan, insurans, servis berkala dan kotak pengecas di rumah.

Istimewa lagi, bermula sekarang hingga 31 Januari 2022, semua tempahan GoEV Share akan menikmati diskaun 25 peratus dengan kod promo 'TRYGOEV'.

Buat masa ini, tiga zon perkongsian EV untuk ambil dan pulang kereta adalah di hab GoCar Malaysia iaitu Petaling Jaya, MyTown Cheras dan Avenue K di KL City Centre (KLCC), manakala tujuh lagi zon akan ditambah menjelang hujung tahun ini. Dalam zon GoEV ini, semua ahli GoCar boleh menggunakan stesen cas secara percuma.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GoCar Malaysia, Wong Hoe Mun berkata, pihaknya percaya perkongsian dan langganan EV dapat membantu menggalakkan peralihan sektor pengangkutan kepada elektrifikasi sepenuhnya, sekali gus mengurangkan kadar emisi.

Berikut cara menempah GoEV:
  • Daftar akaun menerusi aplikasi GoCar
  • Muat naik dokumen diperlukan
  • Periksa kebolehdapatan kenderaan
  • Pilih untuk perkongsian atau langganan kereta
  • Buat bayaran
  • Mula mengunci dan membuka kereta

Program GoEV tidak mengenakan yuran pratempahan, tetapi perlu membayar deposit sekuriti (dipulangkan semula) sebelum memulakan pelan langganan. Maklumat lanjut mengenai program GoEV boleh layari hi.gocar.my.

BACA >>> Tidak Perlu Beli Pun Boleh Pandu Kereta Sports dengan GoCar Subs
BACA >>> GoCar Sedia 200 Almera Percuma, Shell Beri Petrol RM30 kepada Barisan Hadapan

Related

175
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: aplikasi sewa kereta, GoCar, GoEV, kereta elektrik, Nissan LEAF, Roda4, sewa kereta elektrik, sewa kereta murah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my