KINI sudah banyak model konsep dan prototaip kereta terbang diperkenalkan. Bezanya, sesetengah kereta terbang tidak lagi menyerupai kereta, tetapi lebih kepada helikopter atau pesawat dengan kipas di tepi.
Dari segi istilah, kereta terbang ialah bahasa panggilan mudah dan popular kepada eVTOL (electric vertical take-off and landing). Dalam erti kata lain, ia tidak semestinya kenderaan berupa kereta, tetapi merujuk kepada kenderaan yang boleh berlepas dan mendarat secara vertikal dan menggunakan kuasa elektrik.
BACA >>> Hyundai Mahu Fokus Jualan Kenderaan Tenaga Bersih, Kereta Terbang
Jadi apa masalahnya jika dibuat dalam bentuk kereta dan boleh terbang? Dengan trenkuasa elektrik, sesebuah eVTOL perlu cekap menggunakan tenaga dan fungsi aerodinamik memainkan peranan penting. Namun, itu tidak bermakna eVTOL tidak boleh dibuat dalam bentuk kereta yang boleh terbang.
Inilah dilakukan Renault dan firma rekabentuk, TheArsenale dari Perancis apabila menghasilkan kereta terbang AIR4.
Apa yang istimewa tentang AIR4?
- Dibuat mengikut kereta sebenar, Renault 4 sempena meraikan sambutan ulang tahun ke-60 model ikonik tersebut.
- Dari segi sejarah, 4L dikeluarkan dari 1961 hingga 1992 dengan jualan lebih 8 juta unit di lebih 100 negara.
- Renault 4 ialah model ringkas, cekap dan versatil dengan ciri kereta ikonik lain dalam sejarah automotif.
- Rekabentuk AIR4 ialah tafsiran moden Renault 4 (foto atas). Keseluruhan badan kereta terbang dibuat daripada gentian karbon dengan garis dan bentuk berdasarkan model asal.
- Menghasilkan AIR4 bukan setakat memasangkan kipas di tepi dan terus terbang, tetapi melibatkan banyak kiraan dan lukisan, termasuk kecerdasan buatan (AI) digunakan bagi menghasilkan sejumlah data untuk menjadikan ia realiti.
- Menggunakan bilah kipas jenis empat-dua (dua bilah, empat sudut) dengan badan kereta di tengah frem (rota frame).
BACA >>> Kereta Terbang AirCar Buat Penerbangan 35 Minit, Setinggi 2,500 Meter
- Dijana bateri litium polimer dengan output 90,000mAh. AIR4 boleh diterbangkan hingga kelajuan 26 meter per saat pada kedudukan melintang dengan sudut condong 45º hingga maksimum 70º.
- Boleh terbang setinggi 700 meter dengan kelajuan berlepas 14 meter per saat yang dihadkan kepada 4 meter per saat untuk keselamatan dan halaju mendarat 3 meter per saat.
- Setiap bilah kipas menghasilkan daya tujah menegak 95kg dengan daya penuh 380kg.
Dengan pengenalan AIR4, adakah Renault bakal menawarkan kereta terbang itu secara komersial? Mungkin tidak buat masa sekarang, tetapi ia sebenarnya model konsep menarik tentang bagaimana sebuah kereta betul-betul boleh terbang.
AIR4 akan ditayangkan di beberapa lokasi antarabangsa seperti Paris, Miami, New York dan Macau.
BACA >>> Renault Arkana - SUV Coupé dengan Harga Orang Kebanyakan?
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Dacia Boleh Jual Kereta dengan Harga Murah?
Leave a Reply