• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Selepas 8 Tahun, Cub Prix 2016 Kembali Gamatkan Litar Taiping

Selepas 8 Tahun, Cub Prix 2016 Kembali Gamatkan Litar Taiping

November 15, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

30
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

cub prix taipingSELEPAS lapan tahun, Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS pusingan terakhir 2016 kembali menggamatkan peminat sukan permotoran sekitar Taiping, Perak.

Lokasi yang cukup popular di kalangan peminat sukan permotoran tempatan itu kini menjadi hos bagi siri terakhir Cub Prix musim 2016 pada 19 dan 20 Oktober nanti.

Saingan enam kategori perlumbaan itu dijangka sengit dalam litar sementara sepanjang 1.466km dengan dua laluan lurus panjang dan tujuh selekoh mencabar dekat Kawasan Perindustrian Kamunting Raya, yang juga litar terpanjang dalam kalendar kejuaraan musim 2016.

cub prix taipingVENUE ISTIMEWA

"Taiping ialah venue istimewa bagi Cub Prix Malaysia. Sebagai daerah kelahiran gandingan dua beradik, (Ahmad Fazli Sham dan Ahmad Fazrul Sham), daerah ini ada ramai peminat sukan permotoran. Kehadiran pengunjung minggu ini dijangka meriah," kata Ketua Operasi Cub Prix, Shafry Azizan.

"Sebelum ini Taiping terkeluar daripada kalendar perlumbaan kerana sukar mendapatkan lokasi sesuai. Jadi, sama seperti peminat, kami juga gembira kerana Cub Prix kini kembali ke Taiping," katanya lagi.

Dengan gelaran Juara keseluruhan CP130 sudah sah menjadi milik Kasma Daniel Kasmayudin dan Naib Juara keseluruhan, Ahmad Fazli, saingan di Taiping minggu ini dijangka lebih tertumpu kepada pemburuan gelaran keseluruhan CP115 dan kelas Wira.

Bakal memeriahkan lagi perlumbaan pusingan akhir musim 2016 ialah persembahan artis jemputan seperti Sham Kamikaze, Ali XPDC dan Projector Band.

Pusingan akhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dijadualkan berlangsung di Kawasan Perindustrian Kamunting Raya, Taiping, Perak pada 19 dan 20 November ini bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Bayaran masuk ialah percuma.

Related

30
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Ahmad Fazli Sham, Ahmad Fazrul Sham, Cub Prix 2016, cub prix taiping, KEJUARAAN Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev