• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / 5 Ciri Istimewa Tayar Continental UltraContact UC6 dan ComfortContact CC6

5 Ciri Istimewa Tayar Continental UltraContact UC6 dan ComfortContact CC6

November 16, 2016 By Azhan O 7 Comments

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

tayar-continental-generasi-6-uc6-cc6
PENGELUAR tayar Jerman, Continental Tyres menerusi Continental Tyre Malaysia (CTM) semalam melancarkan dua produk tayar baharu, UltraContact UC6 dan Comfort Contact CC6 yang direka khas untuk kondisi jalan raya Malaysia.

Sebelum di pasaran, tayar Continental Generasi 6 ini terlebih dahulu menjalani pelbagai ujian ketahanan dan perbatuan bagi mendapatkan kualiti produk yang premium. Ini bermaknan tayar Continental UltraContact UC6 dan ComfortContact CC6 benar-benar teruji dan dihasilkan berasaskan kajian mendalam mengenai keperluan dan tabiat pemanduan pemandu di rantau Asia Pasifik.

Apakah ciri baharu yang ada pada tayar Continental UltraContact UC6 dan ComfortContact CC6? Mari kita lihat 5 ciri istimewa kedua-dua tayar berkenaan:

CONTINENTAL ULTRACONTACT UC6

Continental-UltraContact-UC6-1
Continental-UltraContact-UC6-2

1. PEMANDUAN SUPERIOR DAN BERPRESTASI

Berdasarkan pembangunan teknologi Jerman menerusi inovasi rekabentuk bunga tayar yang dipertingkat, tayar Continental UltraContact UC6 mampu memberikan pengalaman pemanduan superior dan prestasi tayar sempurna.

2. HENTIAN EKSTREM, KESELAMATAN TINGGI ATAS JALAN BASAH

Bagi mengekalkan tahap keselamatan tinggi walaupun atas permukaan jalan basah, jurutera Continental Tyres melakukan inovasi semula ke atas rekabentuk bunga tayar dengan menambah saliran akua atau Aqua Drainage bagi meningkatkan cengkaman ketika memandu atas permukaan air, termasuk mengurangkan masalah akuasatah (aquaplaning).

Ciri baharu paten pinggir berlian yang dinamakan Diamond Edge Patern berfungsi menghalang kesan golekan bagi blok paten untuk hentian jarak dekat. Sudut serong pula membantu menyingkirkan air bagi mendapatkan kuasa hentian ekstrem dalam kondisi jalan basah.

3. KOMPAUN ADUNAN BERLIAN BERI LEBIH CENGKAMAN, JANGKA HAYAT

Kompaun adunan berlian, Diamond Blend Compound yang terdiri daripada rantai-pendek polimer-grip dan rantai-panjang polimer-perbatuan dimajukan kepada satu tahap baharu. Selain memberikan tahap cengkaman tinggi ketika membrek dan membelok, kompaun ini turut memanjangkan jarak perbatuan dan hayat tayar.

4. TAYAR LEBIH SENYAP DENGAN PEMECAH BISING

Continental UltraContact6 UC6 juga mempunyai tahap bising tayar yang rendah dengan pengenalan ciri pemecah bising atau Noise Breaker 2.0, iaitu versi dipertingkat daripada ciri sama generasi terdahualu. Ia direka untuk mengganggu dan menguraikan gelombang bising dalam alur tayar.

5. PELBAGAI PILIHAN SAIZ

Tayar Continental UltraContact UC6 boleh didapati dalam diameter rim bermula 15 inci hingga 18 inci, membabitkan pelbagai model kenderaan penumpang masa kini.

CONTINENTAL COMFORTCONTACT CC6

Continental-ComfortContact-UC6-1
Continental-ComfortContact-UC6-2

1. KESELESAAN OPTIMUM

Tayar Continental ComfortContact CC6 sememangnya direka sebagai pilihan terbaik buat pemandu yang mementingkan keselesaan dalam pengalaman pemanduan mereka.

2. TAHAP BISING RENDAH

Pada bahagian dalam alur bunga tayar, ciri kebuk khas, iaitu Harmonic Comfort Chamber yang direka berasaskan prinsip resonator Helmholtz berfungsi menyingkirkan frekuensi bunyi bising tayar. Malah, ciri polimer khas dinamakan 'Kompaun Bisikan' atau Whisper Compound  berupaya beradaptasi dengan permukaan kasar jalan. Hasilnya, getaran yang menyebabkan tayar bising dapat dikurangkan.

3. KOMPAUN FLEKSIBEL SERAP BONGGOL JALAN

Kompaun Bisikan juga mampu bekerja menyokong impak redaman, sekali gus menberikan fiil memandu yang lebih selesa dan kurang stres.

4. PRESTASI TAYAR CEKAP, TAHAN LAMA

Rangkaian sulfur termaju dalam kompaun tayar bertindak sebagai ejen pengikat yang dipertingkat bagi polimer. Kesannya, tayar Continental ComfortContact CC6 juga memberikan kualiti tayar yang cekap sepanjang masa dan tahan lama.

5. PELBAGAI SAIZ

Tayar Continental ComfortContact CC6 sedia jadi pilihan anda bagi diameter rim 13 inci hingga 16 inci.


UJIAN ATAS TREK

Ujian Slalom - *Model kereta ialah Volkswagen Jetta dan tayar digunakan ialah Continental UltraContact UC6:

Ujian Membrek - *Model kereta ialah Nissan Teana dan tayar digunakan ialah Continental UltraContact UC6

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, autotainment, cc6, continental comfortcontact cc6, Continental Tyres, Continental Tyres Malaysia, continental ultracontact uc6, Tayar, Tayar Continental, uc6

Comments

  1. yuns says

    May 5, 2017 at 12:25 PM

    thanks

    Reply
  2. zeera says

    May 11, 2017 at 11:11 AM

    info yg bgus!

    Reply
  3. zeen says

    May 17, 2017 at 4:36 PM

    good

    Reply
  4. Yordun says

    May 18, 2017 at 3:54 PM

    tak mention harga pun

    Reply
    • AO says

      May 19, 2017 at 1:10 PM

      Previu produk kami tak dimaklumkan harga. Harga mungkin berbeza setiap kedai tayar, tapi range tak jauh berbeza. Boleh survey sendiri

      Reply
  5. Rin says

    November 15, 2017 at 9:45 AM

    .

    Reply
  6. Nazroll says

    December 20, 2017 at 2:05 PM

    Conti cc6 jalan basah ok tak grip?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev