• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / MAN TGS - Trak Generasi Baharu dengan Enjin Euro5 Pertama Malaysia

MAN TGS - Trak Generasi Baharu dengan Enjin Euro5 Pertama Malaysia

November 25, 2021 By Farah Leave a Comment

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR kenderaan komersial terkemuka, MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd baru saja melancarkan MAN Truck Generasi Baharu yang dipadankan enjin Euro5 sebagai standard di Malaysia.

Pembaharuan ini menjadikan MAN Malaysia sebagai pengeluar trak tugas berat pertama Malaysia yang menggunakan enjin Euro5 V yang membantu mengurangkan emisi karbon industri pengangkutan dan logistik.

BACA >>> Terowong SMART Buka Semula Hari Ini
BACA >>> Perbandingan: Perodua Myvi (2022) vs Proton Iriz, Mana Satu Pilihan Anda?

man truk baharu
MAN lori

Trak MAN Generasi Baharu menawarkan lima varian model TGS:

  • 4x2 dan 6x2 - untuk pengangkutan atau kontena.
  • 6x4 - untuk pembinaan dan kegunaan tugas berat.
  • 4x2 dan 6x2 - dengan spesifikasi ADR (Perjanjian Berkaitan Pengangkutan Barangan Bahaya melalui Jalan Raya).

Mari perincikan spesifikasi menarik MAN TGS:

  • Model TGS baharu didatangkan dalam dua varian enjin. Varian TGS 4x2 dan 6x2 dikuasakan enjin diesel Euro5 6-silinder sebaris MAN D20 10.5L liter, manakala varian 6x4 dijana enjin D26 12.4L yang lebih besar.
  • Kedua-dua enjin mengetengahkan teknologi pengurangan pemangkin Selektif (Selective Catalytic Reduction, SCR) untuk mengurangkan emisi gas berbahaya.
  • Dilengkapi transmisi pintar MAN TipMatic 12-kelajuan dengan perincian canggih dan program pemanduan boleh pilih.

  • Bagi pasaran Malaysia, model TGS baharu ini turut didatangkan dengan inovasi MAN EasyControl dan SmartSelect.
  • Ciri MAN EasyControl memudahkan pemandu untuk tidak perlu lagi naik ke kabin bagi mengaktifkan fungsi lampu kecemasan, mematikan enjin, menutup tingkap dan sebagainya.
  • Ciri SmartSelect pula adalah kawalan sistem infotainmen dua peringkat bagi memastikan operasi lebih mudah dan tepat.
  • Stereng multifungsi direka lebih kecil berbanding stereng trak MAN generasi terdahulu yang membolehkan pemandu melaraskan sudut stereng daripada 20o kepada 55o untuk mendapatkan posisi ideal memandu.

  • Ada ciri  stereng boleh laras tegak ke depan yang memberikan ruang maksimum kepada pemandu untuk masuk-keluar kabin.
  • Sistem MAN Telematics disediakan, iaitu sistem penyelenggaraan digital yang mampu mengurangkan ketidakcekapan operasi dan kos, dengan memastikan semua trak TGS baharu beroperasi pada tahap optimum.
  • MAN Malaysia menawarkan langganan percuma dua tahun kepada setiap pembelian MAN Truck Generasi Baharu.
  • Aspek keselamatan TGS baharu ini dilengkapi ciri:
    • Amaran Tukar Lorong (LDW)
    • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
    • Program Stabiliti Elektronik (ESP)
    • Bantuan Brek Kecemasan (EBA)
  • TGS baharu ini dijual pada harga RM340,00 untuk spesifikasi standard, tidak termasuk cukai jualan (SST).

Sebarang maklumat lanjut boleh layari www.man.com.my

BACA >>> 10 Jam Bomba Padamkan Api, Punca Kedai Alat Ganti Terbakar Masih Misteri
BACA >>> Terlelap Sampai Langgar Lori, Pemandu Kena Saman RM300

Related

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: lori, lori baru, lori besar, MAN, MAN Malaysia, MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd, Trak, Truk

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
    Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev