• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mitsubishi Airtrek EV (2022), Tiada Lagi Turbo, Kini Guna Bateri!

Mitsubishi Airtrek EV (2022), Tiada Lagi Turbo, Kini Guna Bateri!

November 23, 2021 By Abang Hirata Leave a Comment

377
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA dikenang model Mitsubishi masa lalu, mungkin ada teringatkan kehebatan Mitsubishi Lancer dengan nadi turbo. Ramai peminat Mitsubishi mengharapkan pengeluar dari Jepun itu mengeluarkan kembali model tersebut.

Mitsubishi sebenarnya sudah lama meninggalkan Lancer tanpa pengganti dan tidak lagi menjual model sedan kecuali di beberapa negara. Kini pengeluar itu mula mengorak langkah ke dunia elektrifikasi dengan mencapai beberapa rekod dunia.

BACA >>> Mitsubishi Xpander (2022) Facelift Lancar di Indonesia, Kini Transmisi CVT, Harga Rahsia

Mitsubishi i-MiEV

Contohnya, Mitsubishi i-MiEV yang dikeluarkan pada 2009 adalah kereta elektrik massa pertama dunia. Pada 2013 pula, Outlander PHEV ditawarkan dan menjadi SUV plug-in hibrid elektrik pertama di dunia.

Terbaharu pada 19 November lalu, GAC Mitsubishi Motors (GMMC) memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Airtrek di Pameran Auto Guangzhou di China. Ini bukan lagi Airtrek yang berkongsi enjin turbo dengan Lancer Evolution, tetapi model terbaharu ini digerakkan nadi elektrik sepenuhnya.

gac-motors-china-logo
mitsubishi-corporation
Mitsubishi-Logo-2

GMMC ialah usahasama antara Guangzhou Automobile Group  (GAC), Mitsubishi Corporation dan MMC.

Airtrek dibangunkan berasaskan konsep SUV e-cruising, iaitu huruf 'e' mewakili tiga kata nama, iaitu elektrik (kenderaan elektrik), expanding (mengembangkan hidup dengan kereta) dan ekspresif (mengekspresikan keunikan MMC).

BACA >>> Thailand Lancar Mitsubishi Xpander Passion Red Edition Sempena Ulang Tahun ke-60

gac-aion-1
gac-aion-2

Aitrek EV (2022) baharu direka seperti SUV GAC Aion (foto atas) di China. Sama atau tidak, tetapi gaya Airtrek jelas sarat dengan identiti Mitsubishi seperti rupa depan Dynamic Shield dan corak heksagon di belakang. Gaya tersebut menjadikan Airtrek tampil segak, dan moden seperti SUV dengan enjin pembakaran dalaman.

Mitsubishi Airtrek 2022.01
Mitsubishi Airtrek 2022.02

Apa menarik mengenai Airtrek EV (2022) ini?

  • Memiliki dimensi sama seperti model Aion, iaitu  lebar 1,920mm, tinggi 1,728mm dan jarak roda 2,830mm, serta lebih panjang, 4,630mm daripada model GAC (4,586mm) itu.

  • Ruang dalam tampil sinonim dengan model Mitsubishi terkini, ringkas bersahaja dengan unit infotainment 12.3 inci dan butang kawalan di konsol tengah.
  • Dilengkapi bateri berkapasiti tinggi 70kWh dengan jarak pemanduan maksimum sejauh 520km mengikut piawaian Kitaran Ujian Kenderaan Kerja Ringan China (CLTC).
  • Bagi mencapai agihan berat depan dan belakang ideal dan pusat graviti (CoG) rendah, bateri ditempatkan di tengah lantai, manakala motor elektrik diletakkan di depan.
  • Menghasilkan kuasa 221hp (165kW) dan tork 350Nm.
  • Ada bumbung panoramik dan sistem lampu LED penuh.
  • Tempoh pengecasan 43 minit untuk cas daripada 30 peratus kepada 80 peratus menggunakan pengecas arus terus (DC)
  • Dijual pada harga 210,000 yuan (RM138,000).

Airtrek EV ini nampak sesuai dipasarkan di negara kita susulan pengecualian cukai diberikan Kerajaan. Sememangnya pasaran China mempunyai pelbagai EV pada harga menarik, cuma pemanduan di sebelah kiri.

BACA >>> Mitsubishi No 3 dalam Kajian Kualiti Awalan JD Power di Amerika!
BACA >>> Jualan Tahunan Mitsubishi Malaysia Naik 51 Peratus, Xpander Paling Laris

Mitsubishi Airtrek 2022.01
Mitsubishi Airtrek 2022.02
Mitsubishi Airtrek 2022.04
mitsubishi-airtrek-ev-12
mitsubishi-airtrek-ev-5
mitsubishi-airtrek-ev-2
Mitsubishi Airtrek 2022.03
mitsubishi-airtrek-ev-1
mitsubishi-airtrek-ev-3
mitsubishi-airtrek-ev-4
Mitsubishi Airtrek 2022.05
mitsubishi-airtrek-ev-15
mitsubishi-airtrek-ev-20
mitsubishi-airtrek-ev-22
mitsubishi-airtrek-ev-21
mitsubishi-airtrek-ev-16
mitsubishi-airtrek-ev-19
mitsubishi-airtrek-ev-23
mitsubishi-airtrek-ev-6
mitsubishi-airtrek-ev-7
mitsubishi-airtrek-ev-8
mitsubishi-airtrek-ev-9
mitsubishi-airtrek-ev-10
mitsubishi-airtrek-ev-11
mitsubishi-airtrek-ev-13
mitsubishi-airtrek-ev-14
mitsubishi-airtrek-ev-17
mitsubishi-airtrek-ev-18
mitsubishi-airtrek-ev-24

Related

377
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: GMMC, Guangzhou Automobile Group, Guangzhou Automobile Group Motor (GAC), Mitsubishi, Mitsubishi Airtrek, Mitsubishi Corporation, MMC, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev