• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Teruja X70 Jadi Kereta Polis, Netizen Malaysia Gegar Komen Facebook Proton Kenya

Teruja X70 Jadi Kereta Polis, Netizen Malaysia Gegar Komen Facebook Proton Kenya

November 23, 2021 By Farah Leave a Comment

2.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BEBERAPA hari lalu, heboh berita mengenai Polis Kenya memilih Proton X70 sebagai kenderaan rasmi agensi keselamatan negara Afrika itu.

Berita itu diumumkan di laman Facebook rasmi Proton Kenya yang baru saja menyerahkan 30 unit X70 kepada pihak berkuasa keselamatan negara tersebut.

BACA >>> Saga Elektrik Buka Tempahan, Harga Mula RM167k!
BACA >>> Bomba Jumpa Tangki Gas Kimpal, Oksigen, Punca Alza Terbakar Tiba-Tiba Disiasat


Tulis status Proton Kenya;

Proton X70 akan memberikan gaya terhebat, pengendalian dan keselesaan terbaik kepada Perkhidmatan Polis Kebangsaan (NPS) ketika menjalankan tugas."

Dalam hantaran itu, Proton Kenya turut memuat naik deretan X70 berwarna biru dan hijau, iaitu warna baharu yang tidak ditawarkan di pasaran Malaysia.

Berita mengenai pencapaian Proton itu menarik perhatian ramai netizen Malaysia yang datang menyerbu ruangan komen Proton Kenya. Rata-rata netizen memuji pencapaian Proton dan meninggalkan ucapan tahniah.

BACA >>> Proton X70 SE (2021) Lancar di Malaysia, 2,000 Unit Sahaja, Harga RM123.8k

Tidak kurang juga netizen yang berseloroh dengan mengisytiharkan Kenya dan Malaysia ' serumpun' atau erti kata lain bersatu gara-gara X70 dijadikan kereta polis di sana.

komen x70
x70
komen-proton-kenya-4

Tapi kalau sudah namanya netizen, pasti ada yang tidak melepaskan peluang meninggalkan komen mengaitkan isu sensasi dalam negara, misalnya isu pemilihan kereta Vellfire kepada menteri Kerajaan Persekutuan.

Ini termasuk mengatakan polis Malaysia sendiri tidak menggunakan produk Proton, tetapi dibantah netizen lain yang mendakwa Polis DirajaMalaysia (PDRM) memang sudah lama memiliki unit X70 dalam barisan flit agensi keselamatan itu.

kenya x70
komen-proton-kenya-2
komen-proton-kenya-3
komen-proton-kenya-1

Berdasarkan maklumat kami terima, penyerahan 30 unit X70 itu diadakan di Ibu Pejabat Simba Corporation di Mombasa Road, Sabtu lalu.

x70 perkenalkan pada penghujung 2018 dan antara model Proton yang mendapat perhatian ramai. Model SUV itu turut dieksport ke beberapa negara luar seperti Brunei, Indonesia, Pakistan dan terbaharu pasaran di Kenya, iaitu pada Ogos tahun lalu sebagai model pemasangan tempatan (CKD)

BACA >>> Kilang Proton Al-Haj Automotive Sudah Mula Operasi, X70 Akan Jadi Model CKD Kedua
BACA >>> Proton X70 SE (2021) Lancar di Malaysia, 2,000 Unit Sahaja, Harga RM123.8k

kereta x70 kenya
x70 kenya
x70 jadi kereta polis kenya

SUMBER: ProtonKenyaOfficial

Related

2.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Kenya, kereta di luar negara, kereta malaysia, kereta polis, kereta polis kenya, Polis Kenya, Proton, SUV, x70, x70 dipilih sebagai kereta polis

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev