GIVI Asia Sdn Bhd melancarkan dua kotak (box) motosikal baharu, B33NM dan B45Nm, diberikan nama 'Atlas'.
Jenama GIVI tidak asing lagi dengan penghasilan kotak motosikal, beg dan aksesori motosikal. Kotak motosikal GIVI memang dapat dilihat di mana-mana saja atas jalan raya Malaysia. Produk GIVI menjadi pilihan ramai penunggang kerana menawarkan produk yang tahan lasak, dan tahan lama serta ada pelbagai saiz serta rekabentuk.
Kedua-dua kotak motosikal Atlas baharu ini adalah produk evolusi daripada B42 Antartica yang dilancarkan tahun lalu dengan menawarkan beberapa ciri terbaik produk berkenaan seperti berikut:
- 'Atlas' ialah nama watak Titan dalam legenda Yunani yang menjadi penjulang langit dan bumi. Justeru, kotak motosikal GIVI Atlas mahu menyatakan karakter rekabentuk yang kukuh.
- Ada dua saiz: 33 liter dan 45 liter. Varian 45 liter boleh memuatkan dua helmet muka-penuh (full-face), manakala varian 33 liter boleh memuatkan sebuah helmet muka-penuh.
- Dibuat daripada bahan polipropilena (polypropylene, PP) yang ekslusif kepada GIVI dan bukan gentian kaca atau plastik biasa.
- Bahan PP GIVI mengandungi campuran bahan tahan sinaran ultraungu supaya tidak cepat lusuh dan kekal kalis air.
- Panel pemantul cahaya besar, dipanggil Prismatic Reflective Insert yang julung kali dilancarkan pada B42 Antartica.
- Jalur getah EPDM sekeliling kedua-dua bibir kotak (atas dan bawah) untuk tujuan kalis air. Ciri ini mula diperkenalkan pada B42 Antartica.
- Sistem kunci Micro 3 diperbaharui supaya boleh ditutup rapat dan lebih kuat serta teguh.
Kota motosikal B33NM dan B45NM Atlas akan dibuat di kilang GIVI Asia Sdn Bhd di Bukit Beruntung, Selangor dan akan dieksport ke beberapa negara Asean dan dunia.
Produk baharu itu dilancarkan pada 7 Disember lalu di Cameron Highlands yang mana staf GIVI berkonvoi motosikal bersama pihak media dari Ibu Pejabat GIVI Asia Sdn Bhd di Bukit Beruntung ke Tanah Rata untuk majlis pelancaran tersebut.
Turut hadir pada majlis pelancaran ialah Pengarah Urusan GIVI Asia Sdn Bhd, On Hai Swee, dan Pengarah Operasi Luar Negara GIVI S.p.a, Joseph Perucca.
GIVI B33Nm dijual pada harga RM283, manakala GIVI B45NM berharga RM445. Harga adalah termasuk tapak pemasangan, tetapi tidak mounting dan akan berada di pasaran bermula Februari 2022.
Leave a Reply