• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Sedan Škoda Slavia Buatan India Lancar, Enjin 1.0L Turbo, Manual 6-Kelajuan

Sedan Škoda Slavia Buatan India Lancar, Enjin 1.0L Turbo, Manual 6-Kelajuan

November 29, 2021 By Abang Hirata Leave a Comment

115
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR automotif masa kini sedang rancak memperkenalkan model baharu ke pasaran. Hairan juga, dalam tempoh pandemik Covid-19 melanda, mereka masih sempat membangunkan dan mempersiapkan model baharu.

Terbaharu, Škoda Slavia diperkenalkan di India yang menggunakan 95 peratus kandungan tempatan. Škoda kini rancak berniaga di India dan Slavia ialah model kedua projek INDIA 2.0 selepas pelancaran kenderaan utiliti sukan (SUV) Kushaq pada Jun 2021.

Inilah dikatakan betul-betul rancak kerana dalam tempoh tidak sampai setahun, dua model baharu dilancarkan.

INDIA 2.0 ialah projek mega yang mana Škoda Auto menyelia semua aktiviti Volkswagen Group di sub benua India dengan pelaburan bernilai €1 bilion (RM4.78 bilion). Sasaran program itu adalah menguasai 5 peratus pegangan pasaran menjelang 2025.

India menawarkan pasaran yang sangat berbeza dengan China kerana Volkswagen menduduki jualan tertinggi di negara itu. Di sana, Maruti Suzuki menguasai pasaran dengan Hyundai berada di tempat kedua dan Tata ketiga sepanjang 2020.

Seperkara lagi, Škoda mengambil stratergi berbeza dari segi bersaing. Jualan kereta di India dikuasai segmen kecil seperti Maruti Suzuki Swift, Wagon-R dan Baleno, tetapi Škoda bermula dengan SUV Kushaq dan kini sedan Slavia dalam segmen sedan.

Apa menarik tentang Škoda Slavia?

Pembangunan dan Posisi Pasaran

  • Model sedan terbaru selepas Rapid, Octavia dan Superb. Ini juga model khusus Škoda untuk pasaran India.
  • Ada tiga varian: Active, Ambition dan Style.
  • Dikeluarkan di Pune, India dengan 95 peratus kandungan tempatan.
  • Majoriti kerja pembangunan dibuat di India dengan kerjasama rakan sekerja di Republik Czech.
Asal Nama Slavia
  • Václav Laurin dan Václav Klement memulakan perniagaan membaiki basikal di Mladá Boleslav dan mula mengeluarkan jenama basikal sendiri dengan nama Slavia pada 1896.
  • Basikal Slavia mempunyai reputasi dari segi ketahanan, mampu milik dan memiliki falsafah korporat Simply Clever yang dipegang Škoda hingga hari ini.
  • Slavia turut digunakan pada motosikal yang dikeluarkan syarikat Laurin and Klement pada 1899.
Trenkuasa

  • Dijana pilihan enjin 4-lejang 3-silinder 1.0L TSI (113hp, 175Nm) dan 1.5L TSI EVO (148hp, 250Nm).
  • Ada sistem henti-mula (stop-start).
  • Mewarkan transmisi manual 6-kelajuan sebagai ciri standard dan opsyen automatik 6-kelajuan, serta dual-klac (DCT) 6-kelajuan DSG.
  • Menggunakan teknologi silinder aktif (ACT) dengan 2-silinder tidak berfungsi ketika bebanan enjin rendah.
Dimensi
  • Panjang 4,541 mm, lebar 1,752 mm, jarak roda 2,651 mm, dan tinggi 1,487 mm.
  • Saiz but 521 liter!
Ciri Keselamatan
  • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS), ISOFIX dan pautan atas (top tether) sebagai ciri standard.
  • Sistem Diferensial Elektronik (EDS) untuk meningkatkan cengkaman roda dan turut merangkumi XDS dan XDS+.
  • Ada sistem Brek Multi-Rempuhan (Multi-Collision Brake, MCB) untuk mencegah kemalangan susulan jika menghentikan kereta selepas berlanggar.
  • Sistem brek dengan fungsi pembersihan cakera brek automatik.
  • Pilihan 6 beg udara.
Apa Rancangan Selepas Ini?

Sama seperti SUV Kushaq, Volkswagen mempunyai model kembar tidak serupa, iaitu Taigun yang turut dikeluarkan di kilang sama di Pune, India. Škoda juga mengesahkan bakal kehadiran sedan baharu di bawah jenama Volkswagen.

Pengesahan tersebut nampak menarik kerana Volkswagen mempunyai kehadiran lebih meluas di peringkat antarabangsa.

Berdasarkan perkembangan itu, adakah sedan aras mula seperti Polo Sedan atau Vento bakal kembali ke negara kita? Polo Sedan atau Vento ketika dipasarkan di pasaran tempatan mendapat sambutan baik di celah kehangatan Honda City dan Toyota Vios.

BACA >>> Škoda Octavia - Jenama Ikonik yang Sudah 60 Tahun di Pasaran, Pernah Dijual di Malaysia
BACA >>> SUV Mampu Milik Kump. Volkswagen Bakal Masuk Asean

Škoda Slavia.10
Škoda Slavia.11
Škoda Slavia.12
Škoda Slavia.13
Škoda Slavia.14
Škoda Slavia.15
Škoda Slavia.16
Škoda Slavia.17

Related

115
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: India, Roda4, Sedan, ŠKODA Auto, Škoda Slavia, Volkswagen Group

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev