• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Cari Marsyal Konvoi 'Eskyen' Jadi Polis di Port Dickson

Polis Cari Marsyal Konvoi 'Eskyen' Jadi Polis di Port Dickson

November 21, 2021 By Han Othman Leave a Comment

5.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS kini memburu marsyal konvoi motosikal kuasa tinggi yang sewenang-senang cuba mengarahkan kenderaan awam berhenti di persimpangan lampu isyarat Sua Betong di Port Dickson, seperti tular di media sosial sejak semalam.

Menurut polis, video tular itu menunjukkan aksi marshal memberhentikan kenderaan awam bagi memberi laluan ahli konvoi melalui persimpangan lampu isyarat berkenaan.

Dalam video berdurasi satu minit 10 saat itu (lihat atas), seorang marsyal motosikal yang memakai jaket keselamatan  dirakamkan cuba mengarahkan kumpulan konvoi, termasuk kenderaan dari arah sama bergerak walaupun lampu isyarat masih merah.

Menurut polis, konvoi motosikal kuasa besar itu bergerak dari Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH) menghala masuk melalui lampu isyarat Sua Betong ke Bulatan Sunggala Telok Kemang.

Polis kini cuba mengesan individu yang bertindak sebagai marsyal berkenaan dan sesiapa yang memiliki maklumat berkaitan kejadian diminta memberikan kerjasama kepada pihak IPD Port Dickson di Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) atau menghubungi talian terus di talian 06-6472222.

Mungkin sesetengah peserta konvoi tidak tahu mereka tidak dibenarkan sama sekali bertindak memberhentikan, mengawal, melencong kenderaan di jalan awam tanpa kehadiran anggota atau pegawai polis kerana boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Polis dan Sekyen 79(2)Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SUMBER: HMetro | FB InfoRoadBlock

Related

5.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Marsyal, Marsyal Konvoi Motosikal, Port Dickson

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev