SATU klip video kamera pemuka (dashcam) merakamkan aksi seorang penunggang motosikal dilanggar Proton Persona di satu persimpangan lampu isyarat.
Berdasarkan klip video 31 saat itu, penunggang tersebut, yang menunggang kapcai Modenas Kriss merah, dipercayai datang dari arah bertentangan dan cuba melakukan pusingan-u di belakang sebuah kereta Toyota Vios yang berhenti di lampu isyarat. Malangnya, beberapa saat kemudian, dia dilanggar sebuah Proton Persona dari lorong sebelah.
BACA >>> Cardo Perkenal Peranti Komunikasi Wayarles Motosikal Baharu, Harga Mula RM470
BACA >>> Skuter Gaya Vespa, Benelli Panarea 125 Lancar di GIIAS 2021, Harga Mula RM7k!
Impak rempuhan yang agak kuat menyebabkan penunggang lelaki yang agak berumur itu sukar untuk bangun semula seakan menahan kesakitan. Mujurlah pemandu Persona yang melanggarnya, termasuk pemandu Vios, masing-masing keluar untuk membantu mangsa.
Rakaman dashcam itu dimuat naik pemilik Facebook, Calvin Ng Kwok Kei dan tular di banyak grup Facebook lain. Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati kepada lelaki yang berpangkat pakcik tersebut.
Namun pada masa masa, ramai juga mengakui insiden tersebut berpunca daripada sikap mangsa sendiri yang langsung tidak melihat lorong kiri sebelum mencilok.
Insiden dirakamkan berlaku pagi semalam, 17 November kira-kira jam 9.30 pagi. Diharap insiden berkenaan dapat dijadikan pengajaran kepada penunggang motosikal supaya sentiasa berhati-hati. Diharapkan pakcik cepat sembuh dan jadi penunggang berhemah selepas ini ye... 😘
BACA >>> Pelajar Malaysia Teruja Jumpa 'King' di Scotland
BACA >>> Lampu HID Terlalu Terang Punca Kemalangan? Wajarkah Diharamkan?
Leave a Reply