• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tiga Maut, Dashcam Jadi Saksi Aruz Laju Sangat

Tiga Maut, Dashcam Jadi Saksi Aruz Laju Sangat

November 16, 2021 By Farah Leave a Comment

8.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RAKAMAN kamera pemuka (dashcam) daripada Perodua Aruz yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dekat bulatan masuk ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur menjadi tular di media sosial.

Kemalangan yang berlaku pada malam Sabtu lalu itu, menyebabkan tiga lelaki maut di tempat kejadian.

BACA >>> Isteri Maut, Suami Parah Motosikal Langgar Babi Melintas Jalan
BACA >>> 2 Maut Persona Langgar Bas Transit

Video berdurasi 23 saat yang dimuat naik pemilik akaun Facebook Gobinathan Ramu menimbulkan rasa gerun pengguna jalan raya apabila melihat rakaman detik-detik akhir kemalangan kenderaan utiliti sukan  (SUV) itu.

Menerusi rakaman tersebut, Aruz tersebut dilihat dipandu laju di lorong kanan jalan sebelum menukar lorong ke tengah.

Audio dalam rakaman itu turut kedengaran seakan sedang bertengkar dalam bahasa Tamil. Salah seorang dari mereka ada menyebut perkataan 'buta warna'. Tidak dipastikan sama ada ditujukan kepada pemandu atau tidak.

Bagaimanapun, beberapa saat kemudian, kereta tersebut terlanggar sisi sebuah kereta berwarna kuning yang mahu menukar lorong. Hentaman tersebut menyebabkan Perodua Aruz hilang kawalan sebelum terbabas melanggar pengadang jalan. Di akhir video tersebut, kedengaran penumpang dalam kereta menjerit sebelum senyap.

Berdasarkan gambar dimuat naik, Aruz berkenaan remuk teruk tahap 'total lost'.

Sesetengah netizen menyalahkan kereta kuning berkenaan kerana menukar lorong, tetapi ada juga membidas kerana di situ adalah awasan persimpangan untuk masuk bulatan jalan.

Sepatutnya semua pengguna jalan raya perlu memperlahankan kereta dan bukan memandu laju.

Apapun, diharap video ini menjadi pengajaran semua supaya tidak memandu secara berbahaya.

BACA >>> #TahukahAnda: 6 Perkara Pemandu Silap Hingga Tak Sedar Kos Sara Kereta Bertambah
BACA >>> #SembangDeras: Apa Boleh Kita Belajar daripada Kes Van Putih Langgar Budak Sekolah?

SUMBER: Gobinathan Ramu

Related

8.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aruz, autoterkini, Dashcam, kemalangan, maut, Perodua

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev