• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mazda CX-50 (2022) Diperkenal dengan Imej Lebih 'Rugged'!

Mazda CX-50 (2022) Diperkenal dengan Imej Lebih 'Rugged'!

November 16, 2021 By Abang Hirata Leave a Comment

269
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MAZDA terkenal dengan bahasa rekabentuk dipanggil Kodo yang menjurus kepada gaya lembut dan berseni tanpa garisan tajam dan agresif. Semacam ada satu perasan tenang apabila melihat lekukan badan model Mazda seperti CX-5 dan Mazda3.

Selepas sekian lama, ke manakah arah tuju rekabentuk Kodo?

BACA >>> Mazda CX-30, MX-30 Raih Anugerah Red Dot: Product Design 2020
BACA >>> Proton X70 SE (2021) Lancar di Malaysia, 2,000 Unit Sahaja, Harga RM123.8k

Mazda CX-50.04
Mazda CX-50.03

Mazda nampaknya menterjemah evolusi terbaharu Kodo dalam bentuk lebih lasak (rugged) seperti dapat dilihat pada model baharu ini, CX-50 (2022).

Ini bukan CX-5 versi dipertingkat (facelift), tetapi model baharu sepenuhnya yang juga model Mazda pertama yang akan dipasangkan di kilang Mazda Toyota Manufacturing (MTM) di Huntsville, Alabama, Amerika Syarikat (AS). Pelanggan di sana juga tidak perlu menunggu lama kerana pengeluaran dijadual bermula seawal Januari 2022.

Kenapa CX-50 (2022) sangat berbeza dengan model Mazda lain? Ini boleh difahami melalui kenyataan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Operasi Mazda Amerika Utara, Jeff Guyton;

Model baharu Mazda ini dibangunkan untuk Amerika Utara, terutama sekali bagi menyokong gaya hidup luar dan aktif pelanggan rantau ini."

Arah tuju CX-50 (2022) dapat dilihat dan difahami melalui cara Subaru memposisikan kenderaannya dan juga Toyota menerusi RAV4.

Apakah ciri yang pada CX-50 (2022)?

Trenkuasa
  • Sebagai permulaan, dijana enjin SkyActiv-G 2.5 dan SkyActiv-G 2.5 Turbo dengan transmisi automatik 6-kelajuan.
  • Bakal ditawarkan dalam pilihan trenkuasa elektrifikasi termasuk hibrid tradisional.
  • Pacuan semua roda i-Activ All-Wheel Drive (AWD).
  • Disediakan mod pemanduan Mazda Intelligent Drive Select atau Mi-Drive.
Rekabentuk

  • Ekspresi baharu dengan adunan rekabentuk Kodo dan gaya hidup luar (outdoor).
  • Model Mazda paling lasak dengan rekaan sisi depan dan belakang mengembang tanpa bahagian kosong.
  • Ruang dalaman diolah supaya tidak tampil terlalu bersahaja, ventilator penyaman udara direka menegak yang menyerlahkan aura gaya hidup aktif.

  • Menampilkan bumbung bulan panoramik (panoramic moonroof), iaitu ciri pertama untuk model Mazda.
  • Memperkenalkan warna luaran baharu Zircon Sand (kuning cair) dan Terracotta (hijau) pada ruang kabin.
Ciri Gaya Hidup Luar

  • Tinggi dan panjang CX-50 sesuai untuk memuatkan barangan dan perkakasan aktiviti luar.
  • Ruang kargo juga direka untuk gaya hidup luar.
  • Rel bumbung kekuatan tinggi, pilar-B dan alang pintu diperkuat untuk menampung simpanan barang atas bumbung.

Pengenalan CX-50 (2022) bakal menambah keterujaan kepada barisan produk Mazda yang kini nampak senada atau sama antara satu sama lain. Ini menunjukkan Mazda tidak lupa berseronok dan memahami kehendak pelanggan.

CX-50 (2022) hadir dengan gaya asal sebuah jip atau kini popular dengan nama kenderaan utiliti sukan (SUV). Malah, trak pikap Mazda BT-50 yang sememang sedia lasak pun pun tidak se-rugged begini!

CX-50 (2022) juga mengimbau kembali populariti jip era 80-an yang tampil lasak dan digunakan sekitar kawasan persisiran pantai, hutan lumpur dan berbukit.

Selain AS, ke mana lagi SUV ini akan dipasarkan? Adakah akan memasuki pasaran Malaysia? Itu masih lagi jadi persoalan.

BACA >>> Mazda Lancar CX-9 (2021) Dengan Pakej Ignite Edition, Harga Mula RM319k!
BACA >>> Mazda MX-30 Dipilih Kereta Paling Cantik 2020 di Jepun!

Mazda CX-50.01
Mazda CX-50.19
Mazda CX-50.18
Mazda CX-50.17
Mazda CX-50.16
Mazda CX-50.15
Mazda CX-50.14
Mazda CX-50.13
Mazda CX-50.12
Mazda CX-50.11
Mazda CX-50.10
Mazda CX-50.09
Mazda CX-50.08
Mazda CX-50.07
Mazda CX-50.06
Mazda CX-50.05
Mazda CX-50.04
Mazda CX-50.03
Mazda CX-50.02

Related

269
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), mazda, Mazda CX-50, Mazda Toyota Manufacturing, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev