• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Debut Honda BR-V di Malaysia, Crossover 7-Tempat Duduk Paling Berkuasa

Debut Honda BR-V di Malaysia, Crossover 7-Tempat Duduk Paling Berkuasa

November 13, 2016 By Azhan O 4 Comments

132
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

honda-brv-bg
RASANYA masih belum terlambat untuk anda menyaksikan kelibat Honda BR-V di Pameran Auto Malaysia 2016 yang memasuki hari terakhir hari ini di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC). Model prototaip Taffeta White (putih) itu dijana enjin 1.5L i-VTEC yang menghasilkan kuasa 120hp, sekali gus menjadikan output enjin crossover itu menurut Honda adalah paling tinggi dalam segmennya.

Menawarkan kapasiti 7-tempat duduk, Honda BR-V menampilkan desain signatur Honda menerusi 'Solid Wing Face' bersama rel bumbung yang nyata menyerlahkah penampilan penuh bergaya dan berkarakter. Menambahkan elemen trendy BR-V ialah kehadiran lampu siang (DRL) dan rim aloi dua tona 16-inci, termasuk ciri keselamatan asas seperti kamera undur dan pelbagai sensor.

PELBAGAI KONFIGURASI KERUSI

Konfigurasi kerusi direka mudah bagi mendapatkan ruang but ekstra. Ruang but standard ialah 223L dan boleh diluaskan kepada 539L menerusi pelbagai konfigurasi kerusi. Misalnya, barisan kerusi kedua boleh diunjurkan ke hadapan dan belakang, serta dilipat dan diterbalikkan secara 'One Touch Tilt & Tumble' untuk mendapat konfigurasi 60:40. Cara sama juga boleh digunakan untuk barisan kerusi ketiga untuk ruang 50:50.

Honda BR-V
Honda BR-V
Honda BR-V

honda-brv-feature
Kemasan kerusi menggunakan material kulit yang lembut dan tahan lasak, dan ruang belakang dibekalkan ventilator penyaman udara untuk mendapat lebih keselesaan sepanjang perjalanan. Reruai Honda turut mempamerkan Sudut Teknologi Termaju yang dibangunkan untuk mendidik pengunjung tentang sistem hibrid Honda, teknologi keselamatan dan enjin turbo.

Prototaip terbaru Honda dengan teknologi hibrid - i-DCD Sport Hybrid - turut ditayangkan sepanjang pameran berlangsung. Pengunjung juga berpeluang memandu dan merasai pengalaman peranti mobiliti peribadi UNI-CUB β.

Honda Accord, Civic dan City akan sentiasa berada di reruai Honda sehingga jam 9 malam hari ini. Bagi anda yang tidak sempat turun padang ke MIECC, Honda akan melancarkan siri jelajah Malaysia sepanjang dua bulan akan datang di beberapa lokasi seperti berikut:

NOVEMBER

  • AEON Mall Shah Alam
  • Aman Central Mall, Alor Setar
  • Queensbay Mall, Pulau Pinang

DECEMBER

  • AEON Mall, Kota Bharu
  • Giant Kuala Terengganu Mall,
  • East Coast Mall, Kuantan
  • Tesco Extra Bandar Tebrau, Johor Bahru
  • AEON Bandaraya Melaka Shopping Centre, Melaka
  • 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya, Selangor
  • Tesco extra Ipoh Garden, Perak
  • Inanam, Kota Kinabalu
  • Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu

Maklumat lanjut boleh hubungi 1-800-88-2020 atau layari Honda.com.my.

SPESIFIKASI

HONDA BR-V
ENJIN 1.5L i-VTEC
KUASA 120hp
TORK 145Nm
SUSPENSI Topang MacPherson (depan); Beam torsi bentuk-H
CIRI Penyaman udara belakang, kapasiti but diperluasa 60:40 atau 50:50, Bantuan Mula Daki (HSA), Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), entri tanpa kunci, paparan audio video 6.1 inci dengan sambungan Bluetooth dan USB

GALERI

Honda BR-V
Honda BR-V
Honda BR-V
Honda BR-V
Honda BR-V
Honda BR-V
Honda BR-V
Honda BR-V
Honda BR-V
Honda BR-V
Honda BR-V
Honda BR-V
Honda BR-V
Honda BR-V
Honda BR-V
Honda BR-V
Honda BR-V

Related

132
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Crossover, Honda, Honda BR-V, Honda Malaysia, Malaysia Autoshow 2016, Pameran Auto Malaysia 2016, Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev