YAMAHA XSR900 edisi 2022 digambarkan sebagai motosikal gaya retro yang mengekalkan imbangan gaya dengan ciri tambahan dan prestasi. Ada laporan mendakwa kelebihan itu membuatkan XSR900 lebih baik berbanding Triumph Bonneville dan Moto Guzzi V7.
Sejak pengenalannya, Yamaha XSR900 sebenarnya menggunakan enjin dan casis aluminium motosikal naked MT-09. Trend itu diteruskan untuk model XSR900 (2022) tetapi ada beberapa perubahan berbanding platform MT-09.
BACA >>> Yamaha MT-09 (2022) Lancar di Malaysia dengan Ciri Terkini, Harga RM54.9k
Poin pertama, walaupun Yamaha XSR900 menggunakan rake dan trail yang sama seperti MT-09 tetapi motosikal retro itu ada jarak roda lebih panjang. Ini disebabkan penggunaan swing arm lebih panjang yang menambah ukuran panjang keseluruhan motosikal.
Perubahan itu bukan hanya atas faktor gayaan tetapi sebagai mengimbangi pelana lebih rendah XSR900 (2022) dan titik graviti motosikal. Tempat duduk XSR900 (2022) diposisikan lebih ke belakang berbanding pelana MT-09. Malah bentuk pelana juga berbeza dan dipasang di atas subbingkai XSR900 dan peg kaki penumpang jenis boleh lipat.
BACA >>> Yamaha XSR900 Abarth dengan Falsafah Faster Sons, Dijual 695 Unit Sahaja
Selain perubahan tersebut, XSR900 (2022) sebenarnya mirip MT-09 (2021) dan ini menandakan ada peningkatan berbanding model terdahulu.
Yamaha juga membuat perubahan pada aspek casis dan trenkuasa MT-09 untuk kegunaan XSR900 (2022) yang memiliki ketegaran lebih tinggi. Selain itu, perubahan paling ketara ialah model 2022 mengambil inspirasi era 1980an manakala 2021 pula dengan gaya 1970-an.
Lazimnya, perbuatan memanjangkan jarak roda akan meningkatka kestabilan motosikal tetapi pada masa sama menyebabkan penurunan ketepatan pengendalian.
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Beza Jarak Roda (Wheelbase) Panjang vs Pendek?
Bagaimanapun, XSR900 (2022) menggunakan rim lebih ringan (daripad MT-09) berbanding model 2021, Yamaha mendakwa pengendalian motosikal retro itu kini lebih tepat.
Gaya menyerlah XSR900 (2022) datang daripada paip kepala lebih rendah, stereng kuk dan bar hendal. Meskipun model 2022 dan 2021 berkongsi darjah rake sama (25º), model terbaharu itu memiliki pengemudian lebih ringan. Selain itu berat lebih ringan juga membantu aspek kendalian motosikal. Perkara itu dijelaskan portal Cycle World.
Kedua-dua model Yamaha XSR900 2021 dan 2022 dilengkapi klac manual 6-kelajuan dengan ciri klac gelincir. Bagaimanapun, model terkini Yamaha XSR900 ada nisbah gear baharu untuk menampung ekstra kuasa dan tork. Dan berbeza dengan versi 2021, model XSR900 (2022) memiliki ciri elektronik QuickShifter dwi-arah sebagai ciri standard.
BACA >>> #TahukahAnda: 3 Punca Klac Manual Cepat Rosak, Tetapi Pemandu Jarang Perasan
Quickshifter itu bukan satu-satunya teknologi termaju yang diperkenalkan Yamaha untuk XSR900 edisi 2022. Sebenarnya, Yamaha sudah menawarkan ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan kawalan traksi boleh laras pada XSR900 (2021) tetapi menambah baik fungsi dengan ABS Pembelokan, Kawalan Traksi dan Kawalan Gelincir untuk model 2022.
Kini ada empat model tunggangan berbanding tiga mode sebelum ini. Motosikal retro itu juga hadir dengan Kawalan Kruise Kawalan Wheelie dan skrin berwarna TFT 3.5 inci sebagai ciri standard.
BACA >>> Kajian: WHO Cadang Halaju 30kmj untuk Kawasan Bandar
Yamaha belum mengesahkan bila XSR900 (2022) akan memasuki pasaran Amerika Syarikat tetapi pelanggan Eropah bakal menerimanya pada bulan Februari 2022.
Harga model semasa XSR900 bermula serendah AS$9,499 (RM39,454) manakala MT-09 pula serendah AS$9,399 (RM39,038). Ada kemungkinan XSR900 dijual pada harga sekitar AS$9,500 (RM39,458).
BACA >>> Kajian: Sistem Bantuan Pemandu Kurang Berkesan Jika Pandu Ketika Hujan
BACA >>> #TahukahAnda: Masalah Flat Spot Kenapa Tayar Boleh Kempis Kalau Diparkir Lama?
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Tayar Warna Hitam?
SUMBER: Bennetts | MotorBiscuit
Leave a Reply