• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Budak Perempuan Maut Digilis: Drebar Van Ditahan

Budak Perempuan Maut Digilis: Drebar Van Ditahan

November 13, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS mengesahkan seorang murid yang maut digilis van putih di depan sebuah taska ialah budak perempuan berusia tujuh tahun dan kejadian berlaku di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor.

Insiden berlaku kira-kira jam 12.10 tengah hari semalam selepas pemandu van berkenaan, wanita berusia 31 tahun selesai menurunkan penumpang.

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2021/11/budak-kena-gilis-van.mp4

Siasatan polis mendapati, pemandu itu terus memandu tanpa menyedari mangsa sedang melintas di depan van dipandunya. Mangsa sebenarnya juga penumpang dari van sama.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik  (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at dalam satu kenyataan berkata, mangsa diambil pemandu van dari sebuah sekolah berhampiran dan dihantar ke pusat transit sebelum ke Sekolah KAFA.

Susulan kejadian itu, mangsa dikejarkan ke unit kecemasan Nilai Medical Centre akibat kecederaan kepala sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 2.30 petang itu.

Pemandu van sekolah itu kini ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA >>> Wanita Bengang Kereta Kena Langgar, Tapi Bayar Guna Coklat
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapakah Lintasan Pejalan Kaki Ada Warna Putih dan Kuning?
BACA >>> Kajian: Sistem Bantuan Pemandu Kurang Berkesan Jika Pandu Ketika Hujan

SUMBER: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Azman Shari’at, Budak Digilis Van, kemalangan, Nilai Medical Centre, Seksyen.41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev