• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Inilah Punca Vios Jadi Tong Sampah

Inilah Punca Vios Jadi Tong Sampah

November 11, 2021 By Farah Leave a Comment

301
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MASALAH kekurangan parkir kereta boleh menimpa sesiapa saja terutama warga kota yang tinggal di kawasan padat dan tempat tumpuan ramai. Alternatif yang selalu dilakukan adalah parkir berlapis (double park), tapi jangan lupa lepaskan brek tangan.

Namun, masalah parkir secara double park berisiko pula kereta kita akan bergesel dengan kenderaan lain jika laluan itu terlalu sempit atau ada pemandu yang tidak lepas hendak keluar.

BACA >>> Pengantin Baru Dirempuh Myvi: Bukan Rakam Gambar, Tapi Cuba Bantu Saga Kemalangan
BACA >>> Baling Batu Sebab Geram Kena Himpit Lori

Namun lain pula kisah dihadapi pemilik Toyota Vios ini apabila dihukum menjadi 'tong sampah' kerana parkir berlapis hingga menghalang kenderaan lain.

Hukuman itu tular selepas seorang pengguna TikTok @choyweikit memuat naik rakaman video keadaan Vios tersebut yang dipenuhi longgokan sampah atas cermin depan dan bumbung kereta. Video itu ditonton lebih 940,000 netizen dan disukai lebih 57,000 warga maya.

@choyweikitomg🤭🤣🤣😂♬ bunyi asal - muhamad yusof ghazali


Ramai netizen membuat andaian, Vios tersebut 'dikerjakan' sedemikian rupa kerana pemiliknya tidak meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi, atau mungkin menarik brek tangan hingga menyukarkan pemilik lain mengalihkan kenderaan mereka.

Kejadian itu dilaporkan berlaku dua hari lalu di kawasan perumahan Kuchai Lama di Kuala Lumpur (KL).

Rata-rata netizen juga seakan menyokong dan puas hati dengan balasan diterima pemandu Vios tersebut kerana cara parkir begitu dikatakan menyusahkan pengguna kenderaan lain. Malah, ada menganggap hukuman itu tidak begitu ekstrem kerana ada kes lain yang lebih teruk seperti tingkap kereta dipecahkan.

Ambil perhatian ye warga kota semua, terutama yang baru berhijrah ke kawasan penempatan padat, atau orang luar KL.

BACA >>> Beg Udara Takata: MBM Panggil Balik Beberapa Model Mercedes-Benz

SUMBER: TikTok @Choyweikit, foto Mohd Zhafirul

Related

301
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, double park, Flat KL, Kereta, Kuchai Lama, Parkir Berlapis, Toyota Vios, videotomotif, vios

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my