• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Spesifikasi Toyota Avanza (2021), Veloz Bocor Selepas Debut Mitsubishi Xpander

Spesifikasi Toyota Avanza (2021), Veloz Bocor Selepas Debut Mitsubishi Xpander

November 9, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SELEPAS Mitsubishi membuat debut model Xpander versi dipertingkat di Indonesia, timbul pula cerita brosur Toyota Avanza termasuk varian sporty Veloz baharu bocor di internet.

Kedua-dua model kenderaan pelbagai guna (MPV) itu adalah pesaing rapat di Indonesia. Brosur rasmi yang bocor itu memberi petunjuk awal bahawa Avanza serba baharu tidak lagi mewarisi DNA generasi lama.

BACA >>> Mitsubishi Xpander (2022) Facelift Lancar di Indonesia, Kini Transmisi CVT, Harga Rahsia
BACA >>> Toyota Service Savers: Pakej Terbaik untuk Pembeli Baharu, Pemilik Sedia Ada

Berdasarkan laporan Iwanbanaran, setiap aspek pada Avanza ditingkatkan khususnya soal keselamatan dengan padanan pakej TSS (Toyota Safety Sense).

Bagaimanapun, Avanza baharu dikatakan ada kekurangan iaitu ketiaan ciri Kawalan Kruise Adaptif (ACC) pada Avanza standard (Veloz ada fungsi ACC) dan beberapa ciri lain.

Berdasarkan brosur, ada dua varian utama iaitu Avanza 1.3E yang merupakan varian aras mula dengan transmisi manual. Ia juga hadir bersama ciri Bantuan Mula Bukit dan Kawalan Kestabilan.

Varian kedua ialah 1.5 G yang terbahagi kepada tiga versi iaitu manual, CVT dan CVT TSS. Ini adalah perinciannya:

BACA >>> Teknologi Toyota Safety Sense (TSS) Terbukti Kurangkan Kadar Kemalangan

Avanza 1.3 E (2021)

  • Trenkuasa 4-silinder sebaris 1,329cc 16-Injap DOHC dengan Dual VVTI.
  • Sistem pacuan roda depan
  • Rim berukuran 15 inci dan menggunakan skrin infotainmen 7-inci.
  • Sistem penyaman udara kawalan digital tetapi tiada sistem penggera dan sensor parkir.
  • Ada dua beg udara SRS, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan Bantuan Mula Bukit (HSA).

Avanza Veloz (2021)

  • Panel instrumen digital TFT sama seperti model Raize/Rocky
  • Sistem pengecas tanpa wayar
  • Brek parkir elektrik dengan fungsi auto pegun
  • Kerusi dibalut material fabrik dan kulit
  • Sistem penyaman udara digital mirip Raize GR
  • Kamera 360 darjah dan rim 17 inci untuk varian Q. Varian lain menggunakan rim 16 inci.
  • Lampu ambien dan trim pintu untuk semua varian.
  • Aspek keselamatan merangkumi Kawalan Salah Tekan Pedal, Bantuan Keluar Lorong, Amaran Keluar Hadapan, Sistem Pra Pelanggaran, HSA, VSC, ABS, Amaran Trafik Lintasan Belakang (RCTA) dan Pemantauan Titik Buta (BSM).

BACA >>> Kembar Toyota Avanza, Daihatsu Xenia (2019) Kini Ada Varian Enjin 1.5L

Daihatsu Xenia (2021)

  • Skrin infotainmen
    • Varian 1.5 R dilengkapi skrin sebesar 9-inci (ciri sama seperti Rocky 1.0)
    • Varian 1.3 (R, M dan X) hadir dengan skrin 7 inci (sama seperti Rocky 1.2)
  • Aspek keselamatan merangkumi sistem brek ABS, EBD, beg udara berkembar SRS untuk semua varian.
  • Ciri VSC, HSA  dan Bantuan Brek (BA) ditawarkan untuk semua varian 1.5  dan varian tertentu 1.3 (R dan X dengan transmisi CVT)
  • Ada kamera 360 darjah untuk varian 1.5 R dan sensor parkir untuk 1.3 X.
  • Saiz rim bagi varian 1.3 ialah 15 inci manakala siri 1.5 pula dipasang rim 16 inci.

SUMBER: Iwanbanaran

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Avanza 1.3 E (2021), Daihatsu Xenia, Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), MPV 7 Tempat Duduk, MPV Kompak Toyota, Toyota, Toyota Avanza Veloz (2021), Toyota Indonesia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my