• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #EICMA2017: 5 Motosikal Advencer Terbaik

#EICMA2017: 5 Motosikal Advencer Terbaik

November 23, 2016 By Admin PanduLaju 2 Comments

FacebookTwitter

motosikal-terbaik-eicma-20166-bg
BEBERAPA dekad lalu, motosikal advencer begitu popular merentasi benua. Jentera itu bukan sekadar disukai mereka yang suka mengembara, tetapi juga menjadi pilihan penunggang yang mahu menikmati perjalanan jauh hujung minggu, termasuk digunakan sebagai tunggangan harian.

Bagaimanapun, ciri motor touring yang sinonim dengan saiz besar, berat dan berkuasa tinggi mengehadkan keselesaan buat penunggang bertubuh kecil. Jadi, golongan tersebut bertukar selera kepada jentera lebih kecil dan ringan yang bersesuaian dengan pengendalian di tengah kesibukan kota atau merentas daerah, negeri dan benua.

Nampaknya, banyak pengeluar motosikal mendengar keluhan dan keinginan itu. Buktinya, tahun ini, masing-masing pengeluar menampilkan beberapa model baharu dan dikemas kini yang lebih versatil sempena Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2016. Mari kita lihat lima model touring pilihan di EICMA 2016.

1. BMW G 310 GS

2017-bmw-g-310-gs-6

2017-bmw-g-310-gs-1
2017-bmw-g-310-gs-2

BMW G 310 GS  masih mempertahankan elemen gaya si abang besar, GS menerusi paruh depan, gril radiator, kowl lampu depan dan pelekat GS pada tangki minyak. Rangka trellis masih kekal bersama pelana dua ketinggian berbeza dan sistem suspensi travel lebih panjang serta tayar off road.

Enjin BMW G 310 GS ialah jenis silinder tunggal 313cc penyejukan cecair yang mampu menjana kuasa 34hp pada 9,500rpm dan tork 28Nm, 10,500rpm. Jentera itu turut didatangkan dengan sistem suspensi fork terbalik bersama travel 41mm di depan, dan suspensi monoshock dan travel 180mm boleh laras di belakang.

2. KAWASAKI VERSYS-X 300

kawasaki-versys-x-300-10
kawasaki-versys-x-300-4

Kawasaki Versys-X 300 dibangunkan hasil gabungan Ninja 300 dan Versys 650 dengan casis baharu. Model touring itu dilengkapi enjin berkembar selari 296cc dan ditala bagi mendapatkan output kuasa pada nisbah rendah dan pertengahan. Kawasaki Versys-X 300 juga memiliki ciri bantuan klac dan gelincir.

Keselesaan tunggangan dijaga suspensi fork teleskopik 41mm di depan dan monoshock Uni-Trak, belakang. Kawasaki Versys-X 300 menawarkan dua varian, iaitu Urban dan Adventure. Urban memiliki pelindung tangan, pad tangki, tongkat tengah dan kotak simpanan 30 liter, manakala Adventure pula menawarkan tongkat tengah, pad tangki, pelindung tubular enjin dan beg sisi atau panier 17 liter.

3. SUZUKI DL250 V-STROM

2017-suzuki-dl250-v-strom-dl250al8_bje_diagonal-cmyk

2017-suzuki-dl250-v-strom-1
2017-suzuki-dl250-v-strom-2

Suzuki DL250 V-Strom meminjam asas daripada model Inazuma. Dengan kapasiti enjin 248cc penyejukan cecair, motosikal ini mampu menghasilkan kuasa 24.7bhp pada 8,000rpm dan tork 23.4Nm (6,500rpm). Enjin berkembar selari yang diperhalusi menawarkan tunggangan lebih santai dan tenang. Sementara itu, rekaan yang ditampilkan mengadaptasi model V-Strom 650. Rel subfrem direka dua kali ganda lebih tinggi sebagai pilihan untuk meletakkan beg sisi atau panier buat menyimpan barang.

4. HONDA CRF 250L RALLY

2017-honda-crf250l-rally-2
2017-honda-crf250l-rally-1

Honda CRF 250L Rally ialah pelengkap kepada jentera segmen 250cc. Tampil persis CRF250, tidak hairan model itu menggunakan asas CRF250. Cuma ia digabungkan dengan Honda CRF450 Rally. Hasilnya, penampilan lebih garang dan berotot seakan sudah bersiap sedia bertempur di medan rali.

Honda menala semula sistem suntikan bahan api PGM-FO, badan terotel, kotak udara dan ekzos menjadikan enjin lebih berkuasa dan tork beroperasi pada putaran rendah. Honda CRF 250L Rally mampu menjana kuasa 24.4hp pada 8, 500rpm dan tork 22.4Nm, 6, 250rpm dengan transmisi 6-kelajuan. Masih mempertaruhkan frem keluli dan suspensi  Showa dengan travel.

5. BMW R1200 GS

2017-bmw-r-1200-gs

cw1116-2017-bmw-r1200-gs-image-03
cw1116-2017-bmw-r1200-gs-image-07

BMW R 1200 GS turut dikemas kini dengan tambahan alatan elektronik. Menggunakan enjin boxer talaan sama yang menghasilkan kuasa 125bhp pada 7,750rpm. Kemas kini dilakukan mengurangkan berat jentera, manakala rekaan diperbaharui mengubahkan motosikal touring itu jadi kurang gemuk.

Kemas kini ergonomik turut dilakukan pada bahagian lutut yang menyumbang kepada posisi tunggangan lebih selesa. BMW R 1200 GS ditawarkan dalam dua varian - Exclusive dan Rallye. Pakej Rallye khas buat penunggang off road agresif, membabitkan peralatan roda tuang,  cermin pengadang angin rendah, pelana tunggal, pelindung radiator dan frem, perehat kaki bergigi (footpeg) yang lebar dan tayar dual sport. Exclusive pula lebih sesuai buat penunggang biasa yang lebih mengutamakan keselesaan si penunggang.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: EICMA 2016, motosikal advencer, motosikal touring, Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2016, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev