• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Buru 'Brader Sado' Lagak Samseng Sepak Mat Motor

Polis Buru 'Brader Sado' Lagak Samseng Sepak Mat Motor

November 9, 2021 By Farah Leave a Comment

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LAGAK samseng pemandu Proton Persona melakukan serangan fizikal ke atas seorang penunggang motosikal mengundang padah apabila suspek kini diburu polis.

Aksi pemandu itu sempat dirakam seorang pengguna jalan raya lain yang kebetulan berada  di tempat kejadian, iaitu dekat persimpangan lampu isyarat di Bandar Teknologi Kajang, semalam.

BACA>>>>Terpaksa 'Cucuk' Sebab Perlahan Sangat, Sekali Kena Tengking Drebar 'King'
BACA>>>>Konvoi Motor Rem Ekzos Kena Hamun Akak Kereta Sampai Diam Seribu Bahasa

Dalam rakaman video 58 saat itu, pemandu Persona tersebut cuba menukar lorong ke kiri, tetapi terhalang penunggang motosikal yang berada di sebelahnya.

Suspek kemudian naik berang dan pantas menghentikan keretanya di tengah jalan sebelum keluar menengking penunggang motosikal tersebut. Tidak cukup itu, dia turut melakukan serangan fizikal dengan menyepak penunggang berkenaan.

Susulan insiden tular itu, polis tampil membuat laporan bagi menyiasat dan mengesan individu yang terbabit dalam video tersebut. Siasatan akan dibuat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan ke atas mangsa dan ugutan yang mendatangkan ketakutan atau kegusaran.

Polis juga meminta orang ramai yang ada maklumat mengenai insiden tersebut tampil membantu siasatan.

SUMBER: FBPolisDaerahKajang

Related

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: abang sado, Auto Terkini, Kajang, Proton Gen2, samseng gen 2, Samseng Jalanan, samseng jalanraya, tular

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev