• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Motosikal Honda Paling Laris Dunia Sepanjang 2021

Motosikal Honda Paling Laris Dunia Sepanjang 2021

November 8, 2021 By Shawkath Leave a Comment

703
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA dinobatkan jenama motosikal nombor satu paling laris dunia apabila mencatat jualan tertinggi setakat tempoh sembilan bulan pertama 2021.

Honda menguasai hampir satu pertiga jumlah jualan motosikal di pasaran dunia dan dijangka mampu mengekalkan momentum hingga 31 Disember ini.

BACA >>> Yamaha Kuasai Jualan Motosikal Malaysia 2020, Honda Kekal Nombor Dua
BACA >>> Jualan Motosikal Malaysia ke-14 Terbesar Dunia, Yamaha dan Honda Kuasai Pasaran

honda-logo-wing
yadea-motorcycle-logo

Bagaimanapun, senarai ranking itu cuma membabitkan data jualan Januari-September 2021 untuk produk dua roda dan tiga roda, yang mana kenderaan jenis ATV, beca, tuk-tuk atau skuter kaki tidak diambil kira.

Apa mengejutkan, jenama pengeluar kenderaan elektrik dari China, Yadea menduduki ranking jualan kedua tertinggi dunia. Pengeluar itu juga terlibat dalam kajian dan pembangunan (R&D) kenderaan mesra alam.

BACA >>> Honda C70 Jadi Motor Panas Indonesia

Berikut senarai ranking 10 jenama popular dunia berdasarkan jumlah jualan terkumpul setakat September 2021:

  1. Honda - 12.4 juta unit (naik 14.8 peratus berbanding 2020)
  2. Yadea - 4.8 juta skuter elektrik (tidak termasuk basikal elektrik, naik  24.5 peratus)
  3. Hero Motor - 3.77 juta unit (naik 0.6%)
  4. Yamaha - 3 juta unit ( naik 15.6%)
  5. Bajaj Auto - 1.84 juta unit ( naik 13.7%) 
  6. TVS Motor - 1.75 juta unit ( naik 15.7%)
  7. Suzuki - 1.13 juta unit (naik 26.4%)
  8. Haojue - 1 juta unit (naik 33.4%)
  9. Zonghshen - 938,000 unit (naik 12%) 
  10. Niu Tech - 804.000 unit (naik 77.5%)

Juga mengejutkan kerana ranking tidak menyenaraikan jenama popular dari Jepun seperti Kawasaki, atau jenama popular Eropah seperti Triumph, Ducati atau MV Agusta. Mungkin jenama itu bakal tersenarai selepas data lengkap 12 bulan diperoleh.

BACA >>> Jualan Motosikal Jepun Merosot, Kapcai 50cc Dijangka Pupus
BACA >>> Honda SH125i Paling Panas di Sepanyol
BACA >>> Pengecualian Cukai Jualan Kenderaan CKD, CBU Lanjut Hingga 30 Jun 2022

SUMBER: MDC

Related

703
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Bajaj Auto, Haojue, Hero Motor, Honda, Niu Tech, Ranking Motosikal 2021, roda2, Suzuki, TVS Motor, Yadea, Yamaha, Zonghshen

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev