• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sondol MPV Honda, Drebar 'King' Terbalik Cedera Teruk Juga...

Sondol MPV Honda, Drebar 'King' Terbalik Cedera Teruk Juga...

November 8, 2021 By Farah Leave a Comment

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ALAHAI 'King'... setiap hari ada saja rakyat Malaysia terbaca kisah mengejutkan dan luar biasa mengenai model Perodua paling laku keras itu, siapa lagi kalau bukan Myvi. 😅

Populariti model itu menyaksikan muncul group khas di Facebook dengan nama 'Myvi Buat Hal Apa Hari ini?'yang berkongsi pelbagai insiden, aktiviti dan ragam pemilik Myvi semalaysia.

BACA>>>> Terpaksa 'Cucuk' Sebab Perlahan Sangat, Sekali Kena Tengking Drebar 'King'
BACA>>>>Makwe Terjun Keluar Myvi: Bukan Gaduh, Rupanya Kena Rasuk

Terbaharu, tular video mengenai Myvi kuning terlibat dalam satu kemalangan Sabtu lalu, dipercayai berlaku di susur keluar Lebuhraya MEX menuju Seri Kembangan, Selangor.

Kemalangan kira-kira jam 6.21 petang itu dirakamkan kamera pemuka (dashcam) milik pemandu di depan Myvi kuning tersebut. Video itu dimuat naik Nazreeq Nizam, iaitu rakan kepada pemilik asal dashcam tersebut.

Dalam video klip 44 saat itu, Myvi kuning tersebut dirakam sedang memecut laju dan memotong beberapa kenderaan sebelum tiba-tiba entah kenapa merempuh bampar belakang kereta pemilik dashcam tersebut.

myvi-kuning-tergolek-1
myvi-kuning-tergolek-2
myvi-kuning-tergolek-3
myvi-kuning-tergolek-4

Akibat rempuhan itu, Myvi kuning berkenaan terbalik dengan tayar ke atas dan bergolek beberapa kali. Apa yang mencuri tumpuan ramai, hatchback itu dapat kembali ke posisi asal, tidak ubah seperti dalam filem aksi Hollywood.

honda-frv-1
honda-frv

Kenderaan lain di belakang juga dilihat memandu dengan tenang seakan tiada kemalangan berlaku. Menurut Nazreeq ketika ditemu bual, bukan kereta dia yang dilanggar Myvi tersebut, tetapi kereta rakannya yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda FR-V.

'Sondolan' tersebut turut menyebabkan rim kanan belakang MPV rakannya itu bengkok dan tayar pancit, manakala panel fender sisi remuk agak teruk. Apabila ditanya mengenai keadaan pemandu Myvi tersebut, beritahu Nazreeq;

 Saya sampai driver Myvi itu sudah tak ada. Kata dia (rakannya), cedera teruk juga."

Buat masa ini, tidak diketahui tahap teruk pemandu Myvi tersebut, tetapi rata-rata netizen mendoakan pemandunya selamat. Netizen juga tidak lupa meninggalkan komen pembakar semangat berbunyi, 'Myvi tidak pernah mengecewakan!' 😜

Related

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Honda FR-V, king of the road, klip video, Myvi, myvi berpusing, myvi kemalangan, video viral myvi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev