• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Habib, Anak Malaysia Pertama Jadi Mekanik MotoGP

Habib, Anak Malaysia Pertama Jadi Mekanik MotoGP

November 5, 2021 By Shawkath Leave a Comment

288
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HABIB atau nama sebenar, Hhibbatuulah M Fuad mencipta rekod sebagai anak tempatan Malaysia pertama akan bertugas sebagai mekanik dalam kelas utama Kejuaraan Dunia MotoGP.

Beliau diposisikan sebagai mekanik nombor tiga untuk pasukan RNF Racing yang akan memulakan saingan musim depan. RNF Racing ialah pasukan yang dimiliki 100 peratus mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Datuk Razlan Razali.

BACA >>> Darryn Binder Sertai Pasukan RNF MotoGP Musim Depan, Yamaha Bekal Jentera YZF-M1
BACA >>> SRT kini Jadi RNF MotoGP Racing, Akan Bersaing dalam MotoGP Hingga 2026

Buat masa ini, Habib diberi tugas membantu pasukan Moto2 PETRONAS Sprinta Racing (Petronas SRT), dan musim depan akan membantu mempersiapkan jentera untuk pelumba rookie, Darryn Binder bagi saingan kelas MotoGP 2022.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenali Jenis, Fungsi Bendera dalam MotoGP

 

Datuk Razlan yang juga prinsipal pasukan Yamaha RNF MotoGP Racing berkata;

Dia individu yang bekerja keras, menepati masa, suka membantu dan kalau dibandingkan mekanik lain, dia mekanik yang bagus selepas bermula dari bawah hingga MotoGP.

"Saya amat berbangga mengambil Habib, seorang mekanik MotoGP Melayu, Malaysia yang ada di Kejuaraan Motosikal Dunia.

"Tugasan mekanik nombor tiga adalah membantu mekanik nombor satu dan dua. Jadi, apa-apa yang berkaitan motosikal, ketiga-tiga inilah akan bertanggungjawab. Apa membezakan dua dan tiga hanyalah pengalaman."

BACA >>> Darryn Binder Sertai Pasukan RNF MotoGP Musim Depan, Yamaha Bekal Jentera YZF-M1

Razlan juga menjelaskan, pengarah pasukan ketika ini yang juga rakan kongsinya, Johan Stigefelt tidak lagi bersama pasukan pada musim depan.

Kami berada dalam situasi berbeza, jadi kami sependapat antara saya dan Stigefelt untuk berpisah. Ini kerana sudah tiba masa untuk saya dan dia membawa hala tuju masing-masing selepas tujuh tahun bersama.

"Saya akan meneruskan cabaran dengan MotoGP, manakala dia akan melakukan perkara baharu yang masih lagi dalam komuniti MotoGP.”

BACA >>> Espargaro Hairan Binder (yang Cuma Menang Moto3 Sekali) Dapat Terus Naik MotoGP
BACA >>> Fabio Quartararo Sah Juara Dunia MotoGP 2021!

SUMBER: Berita Harian

Related

288
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: darryn binder, Datuk Razlan Razali, Habib, Hhibbatuulah M Fuad, Johan Stigefelt, Mekanik Pertama Malaysia MotoGP, Petronas Sprinta Racing, RNF MotoGP Racing., RNF Racing, Yamaha RNF MotoGP Racing

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev