• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Axia Langgar Myvi Hilang Kawalan, Empat Maut, Cuma Bayi Lelaki Selamat

Axia Langgar Myvi Hilang Kawalan, Empat Maut, Cuma Bayi Lelaki Selamat

November 3, 2021 By Farah Leave a Comment

2.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG bayi lelaki berusia setahun empat bulan menjadi yatim sekelip mata apabila Perodua Axia dipandu ibunya bertembung dengan Perodua Myvi di Kilometer 64, Lebuhraya Timur Barat berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa di Gerik, petang semalam.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 3.45 petang apabila Myvi dipandu Mohd Sofiyudin Sazali, 29, dipercayai hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum dilanggar Axia dipandu Siti Najihah Shafiqah, 34.

BACA >>>> Datuk Nenek Bersama Cucu Maut, Alza Dinaiki Bertembung Lori
BACA>>>> Aikk.... King Bagi 'Signal' Pun Kena Tendang Cermin Sisi

Selain pemandu Myvi, Mohd Sofiyudin, dan penumpang depan Myvi, Syahira Ibrahim, 24, kemalangan tragis itu turut meragut  nyawadan penumpang depan Axia, Siti Najihah Shafiqah Ghazali, 27.

Siti Najihah pula, yang juga ibu bayi itu, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Gerik, kira-kira jam 8.38 malam tadi, menjadikan semua mangsa kemalangan maut empat orang. Hanya bayi Aathif Mohd Ariff sahaja terselamat dan mengalami kecederaan ringan dan kini dirawat di Hospital Taiping.

Myvi itu dilaporkan datang dari arah Jeli, Kelantan menghala Gerik, dan hilang kawalan lalu sebelum masuk ke laluan bertentangan hingga menyebabkan Axia mangsa dari arah bertentangan melanggar sebelah kiri Myvi tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SUMBER: Harian Metro

Related

2.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: axia, Kemalangan Gerik, kemalangan myvi, Myvi, Perodua, Perodua Axia, Perodua Myvi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev