• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Suami Isteri, Cucu Maut, Alza Terbabas, Langgar Lori Pasir

Suami Isteri, Cucu Maut, Alza Terbabas, Langgar Lori Pasir

November 3, 2021 By Farah Leave a Comment

610
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HAJAT cucu mahu menolong datuk dan neneknya pergi mengambil ubat di sebuah klinik tidak kesampaian apabila Perodua Alza dipandunya bertembung dengan lori pasir di Jalan Johor Kampung Pinggir, dekat Simpang Renggam, Kluang, pagi semalam.

Kemalangan kira-kira jam 9 pagi itu menyebabkan pemandu, Izzah Shahirah Sahri, 22, meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit.

Kereta dipandu mangsa dikatakan terbabas hingga masuk ke laluan bertentangan dan berlanggar dengan lori jenis Hino dipandu Mohmad Talib Supardi, 52.

BACA>>>>40 Peratus daripada 600,000 OKU Jadi Cacat Akibat Kemalangan Jalan Raya Malaysia
BACA >>>> Hati-Hati, Sudah 28 Kes Kemalangan Berlaku di Lokasi Ini Sejak 1 Januari 2021!

Insiden itu turut mengorbankan pasangan suami isteri, Md Salleh Kosran, 75, dan, Miskina Naining, 70, yang juga datuk dan nenek kepada Izzah Shahirah, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut bomba, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.09 pagi dan pantas menghantar jentera penyelamat FRT dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam ke tempat kejadian.

Di tempat kemalangan, bomba mendapati tiga mangsa tersepit dalam kereta dan perlu dikeluarkan menggunakan peralatan khas. Operasi tamat jam 11.25 pagi dan semua mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

SUMBER: Utusan Malaysia

Related

610
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: alza bertembung lori, cucu, kemalangan, Perodua Alza

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev