• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kia Grand Carnival Sah Dirasmikan Januari 2017 - Enjin 2.2L Diesel, Harga Bermula RM160,000

Kia Grand Carnival Sah Dirasmikan Januari 2017 - Enjin 2.2L Diesel, Harga Bermula RM160,000

November 10, 2016 By Abang GYL 1 Comment

110
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

kia grand carnivalBERITA gembira buat peminat-peminat MPV! NAZA Kia Malaysia hari ini secara rasmi membuka tempahan bagi model Kia Grand Carnival dan mengesahkan bakal dilancarkan secara rasmi Januari 2017.

Bagi menghangatkan suasana, Naza Kia turut mempamerkan model MPV bersempena pameran kereta Malaysia Autoshow 2016 di Pusat Pameran dan Persidangan Antarabangsa MINES (MIECC) sehingga 13 November.

kia grand carnivalPRESTASI

Untuk pasaran Malaysia, Kia Grand Carnival hanya dipadankan dengan enjin 2.2L CRDi turbodiesel. Hasil bantuan kotak gear automatik 6-kelajuan, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 191hp dan tork puncak 440Nm.

Manakala varian 3.3L GDI V6 versi petrol tidak dibawa masuk memandangkan harga jualan yang tinggi.

kia grand carnivalHARGA

Buat masa ini, pihak Naza Kia Malaysia masih lagi merahsiakan lagi harga jualan. Kami cuma dimaklumkan Kia Grand Carnival akan dijual oada harga bermula RM160,000.

kia grand carnivalJAMINAN LIMA TAHUN

Kia Grand Carnival didatangkan dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan. Ini bermakna anda boleh 'lenjan kaw-kaw' tanpa perlu rasa belas kasihan.

kia grand carnivalCIRI KESELAMATAN PREMIUM

Kia Grand Carnival dilengkapi pelbagai sistem keselamatan seperti enam beg udara, Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Traksi (TCS), Sistem Bantuan Brek (BAS), Bantuan Mula-Mendaki (HAC), Agihan Brek Elektronik (EBD), Sistem Brek Anti-Kunci ABS dan ISOFIX.

kia grand carnival
kia grand carnival
kia grand carnival
kia grand carnival

MAMPUKAH TEWASKAN HYUNDAI STAREX

Yang pasti, kehadiran Kia Grand Carnival bakal memberi saingan hebat kepada Hyundai Starex. Persoalannya, manakah pilihan anda?

Bagi anda yang mahu melihat dengan lebih dekat lagi, pastikan hadir ke Malaysia Autoshow 2016 kerana pelbagai model menarik turut dipamerkan.

GALERI

kia grand carnival
kia grand carnival
kia grand carnival
kia grand carnival
kia grand carnival
kia grand carnival
kia grand carnival
kia grand carnival
kia grand carnival
kia grand carnival
kia grand carnival
kia grand carnival
kia grand carnival
kia grand carnival
kia grand carnival
kia grand carnival
kia grand carnival
kia grand carnival
kia grand carnival
kia grand carnival
kia grand carnival
kia grand carnival
kia grand carnival
kia grand carnival
kia grand carnival
kia grand carnival
kia grand carnival
kia grand carnival
kia grand carnival
kia grand carnival
kia grand carnival
kia grand carnival

Related

110
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kia Carnival, kia grand carnival, Malaysia Autoshow 2016, MPV, Naza Kia Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev