• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Nissan Anjur Kempen Beli 1 Menang 1

BERITA AUTO: Nissan Anjur Kempen Beli 1 Menang 1

September 17, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Nissan Vehicles Line UpSEMPENA meraikan ulang tahun Tan Chong dan kemerdekaan negara yang ke-57, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) menganjurkan kempen promosi ‘The Great Nissan Buy 1 Win 1’ dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik. Kempen berlangsung dari 1 September hingga 31 Oktober 2014.

Sepanjang tempoh kempen, pelanggan yang membeli kenderaan Nissan layak menyertainya di mana enam pelanggan bertuah akan membawa pulang sebuah lagi model Nissan.

Dengan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM888,888, antara hadiah ditawarkan adalah seperti Teana, Sylphy, Serena S-Hybrid dan banyak lagi sedia untuk dimenangi.

Bagi mereka yang berminat pandu uji kenderaan Nissan, anda dijemput ke karnival pandu uji istimewa yang akan diadakan di Dewan Konsep – Auto City, Prai, Pulau Pinang pada 20 dan 21 September 2014 dari 10 pagi hingga 10 malam.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung yang hadir. Antaranya pemeriksaan 34-poin secara percuma dan ‘Teana Car Theatre’ (Teater Kereta Teana) membolehkan pengunjung merasai sendiri pengalaman sistem bunyi keliling Teana serba baharu dengan Sistem Audio Premium BOS

Terdapat juga hadiah-hadiah cabutan bertuah seperti sistem musik BOSE SoundTouchTM Portable Wi-Fi® (bernilai RM2,290) dan produk kosmetik Shiseido Global Suncare (bernilai RM375) untuk dibawa pulang.

Sementara itu, para pelanggan juga boleh menikmati tawaran tambahan menarik yang lain menerusi Kempen Merdeka ETCM yang sedang berlangsung hingga akhir September 2014.

Maklumat lanjut berkaitan promosi dan kempen, anda boleh kunjungi mana-mana bilik pameran Nissan seluruh negara atau layari www.nissan.com.my.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: BOSE SoundTouchTM Portable Wi-Fi, Edaran Tan Chong Motor, ETCM, Nissan anjur kempen beli 1 menang 1, Serena S-Hybrid, Shiseido Global Suncare, Sylphy, Teana, Teana Car Theatre, The Great Nissan Buy 1 Win 1

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my