SEORANG pekerja kilang maut apabila motosikal jenis Yamaha LC135 ditunggangnya berlanggar dengan lori di kilometer 0.8, Jalan Tampin-Seremban dekat stesen minyak Petron, malam Ahad, kelmarin.
Mangsa, Muhammad Dinie Arif Sali, 21, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala kerana digilis tayar lori.
Dalam insiden jam 10.10 malam itu, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke Bandar Bukit Mahkota, Selangor selepas makan malam di sebuah kedai di Tampin.
BACA >>> 1.3j Maut, 50j Cedera Akibat Nahas Jalan Raya Setiap Tahun, Punca Pandu Kereta?
BACA >>>> RS150R Potong Tak Lepas, 2 Rakan Kerja Maut Rempuh Myvi
Menurut polis, kemalangan berlaku ketika mangsa keluar dari simpang stesen minyak Petron dan terlanggar tayar belakang kiri lori jenis Volvo tersebut yang sedang dalam perjalanan dari Gemas ke Pelabuhan Klang.
Al-Fatihah, takziah buat keluarga mangsa.
SUMBER: Info Kemalangan & Bencana Malaysia
Leave a Reply