• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 52 Motosikal Kena Sita, 'Rem' Enjin Sebab Terlajak Seronok, Tak Sedar Polis Ada

52 Motosikal Kena Sita, 'Rem' Enjin Sebab Terlajak Seronok, Tak Sedar Polis Ada

November 2, 2021 By Wahid Leave a Comment

549
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEKUMPULAN 52 penunggang motosikal pelbagai jenis yang berkonvoi ditahan kerana membuat aksi meligatkan enjin (rem) di hadapan anggota polis bertugas.

Menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu menerusi di laman Facebook, sekumpulan penunggang itu sedang dalam konvoi dari Kuantan, Pahang ke sebuah gerai makan di Kampung Telaga, Kuala Berang, Terengganu pada jam 12.18 tengah hari, Ahad lalu.

Segelintir penunggang bertindak nakal dengan meligatkan enjin motosikal dengan kuat apabila tiba di depan gerai tersebut dan langsung tidak perasan ada sepasukan anggota dan pegawai polis turut berada di situ.

Selepas memerhatikan gelagat kumpulan koonvoi berkenaan, mereka kemudian ditahan atas kesalahan mengganggu ketenteraman awam.

Polis turut menjalankan pemeriksaan motosikal milik peserta konvoi tersebut. Hasilnya, 67 saman dikeluarkan atas beberapa kesalahan seperti mengubah suai ekzos, nombor pendaftaran tidak ikut piawaian atau fancy, tiada nombor pendaftaran dan komponen keselamatan tidak lengkap.

Semua 52 motosikal itu juga disita dan dibawa ke IPD Hulu Terengganu untuk siasatan lanjut menurut kuasa diberikan di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pesanan kami, beringatlah. Kita sudah dikurung hampir dua tahun di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang penularan wabak Covid-19. Janganlah tidak bersyukur dan hargailah kebebasan diberikan. Ikutilah peraturan-peraturan jalan raya yang dikongsi bersama.
BACA >>> Suka Jadi Duka, Seorang Rakan Konvoi ke Cameron Maut Bergesel Sesama Sendiri
BACA >>> RX-Z Rentung, Seorang Maut Nahas Konvoi di Elite
ekzos-bising-terengganu-1
ekzos-bising-terengganu-2
ekzos-bising-terengganu-3
ekzos-bising-terengganu-4
ekzos-bising-terengganu-5
ekzos-bising-terengganu-6
ekzos-bising-terengganu-7
SUMBER: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu

Related

549
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Hulu Terengganu, Konvoi Motosikal, Konvoi Motosikal Kena Sita

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev