BOON Siew Honda sebentar tadi melancarkan model supermoped yang ditunggu ramai peminat, Winner X yang secara rasminya dikenali sebagai RS-X.
Harga motosikal yang disyorkan itu ialah RM8,688, tidak termasuk insurans dan caj pendaftaran. Ada tiga pilihan warna iaitu Trico Edition (merah), Candy Caribbean Blue Sea (biru) dan Lemon Ice Yellow (kuning).
BACA >>> Perbandingan Rupa: RS150R vs Winner X dengan Bahasa Rekabentuk yang Lebih Jelas
BACA >>> Honda Winner X (2021) Lancar di Maldives dengan Harga Kayangan, Mula RM23.3k!
Berikut ialah perinciannya:
- Trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 149.16cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI, berkuasa 15.8hp @9,000rpm dan tork maksimum 13.6Nm @7,000 rpm, manakala transmisi jenis klac manual 6-kelajuan.
- Sistem brek menggunakan brek cakera tunggal pada kedua-dua roda, dan dipasangkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) di depan.
- Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di depan dan monoshock di belakang. Berat motosikal kering ialah 122kg.
- Saiz tangki minyak ialah 4.5 liter, jarak roda pula 1,278 mm manakala ketinggian pelana adalah 795mm.
- Lampu utama tidak dipasang pada bahagian kepala tetapi dipindah ke panel dada depan, signal belok jenis capang dan lampu belakang jenis LED, manakala panel meter digital penuh.
- Penampilan paling menyerlah pada bahagian pelana ialah bar bonceng (carrier) yang direka terpisah dan mendedahkan fairing ekor di hujung.
- Rim 17 inci dibalut tayar 90/80 (depan), 120/70 (belakang).
- Jaminan dua tahun atau jarak perbatuan 20,000km (mana-mana tiba dulu).
BACA >>> Perbandingan: Benelli R18i (2021) vs Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020)!
BACA >>> Perbandingan: Inilah 6 Motosikal Boleh Beli dengan Bajet Perodua Ativa
Effendi says
Mau booking