• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Bajaj Auto Lancar Dua Model Pulsar 250cc, Modenas Mahu Bawa Masuk?

Bajaj Auto Lancar Dua Model Pulsar 250cc, Modenas Mahu Bawa Masuk?

October 29, 2021 By Shawkath Leave a Comment

556
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

HARI ini adalah ulang tahun ke-20 Bajaj Pulsar dengan model pertama dilancarkan pada 28 Oktober 2001 di India (gambar bawah, motosikal biru). Ia juga dianggap sebagai model paling diminati ramai pengguna di negara berkenaan.

Pengeluarnya, Bajaj Auto sepatutnya memperkenalkan generasi terbaharu Pulsar kira-kira tiga tahun lalu tetapi tergendala hanya disebabkan firma itu memberi fokus penuh kepada rangkaian motosikal jenama KTM dan Husqvarna.

BACA >>> Perbandingan: Yamaha YZF-R15 vs Modenas Pulsar RS200 vs GPX Demon GR200R
BACA >>> #TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

Bajaj Pulsar N250 F250 India - 2
Bajaj Pulsar N250 F250 India - 3

Bagaimanapun, Bajaj Auto tidak mengetepikan Pulsar secara total tetapi ada menghabiskan masa selama 5 tahun untuk kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan model generasi baharu itu. Tempoh itu penting kerana Bajaj mahu memastikan produk lebih segar itu mampu meneruskan legasi status ikonik Pulsar.

Terbaharu, Bajaj Auto melancarkan dua model motosikal dengan kapasiti enjin paling besar dalam keluarga Pulsar iaitu versi naked N250 dan fairing separa F250 di India.

BACA >>> #Spyshot: Semi-Naked Bajaj Pulsar 250F Diuji di India, Modenas Bawa Masuk Malaysia?

Bajaj Pulsar N250 F250 India - 15
Bajaj Pulsar N250 F250 India - 11

Kedua-dua model memiliki casis, trenkuasa dan desain baharu baharu yang dikatakan mampu menarik minat pembeli muda. Sebelum ini, siri Pulsar dijual di India merangkumi kelas 150cc hingga 220cc.

BACA >>> Modenas Pulsar RS200 (2021) Kini Warna, Grafik Baharu dengan Rim Putih, Harga RM9.9k

VARIAN, WARNA DAN HARGA

  • Pulsar N250 dikenakan harga 138,000 rupee (RM7,650) dan hadir dengan pilihan warna Techno Grey (kelabu).
  • Pulsar F250 dijual pada harga 140,000 rupee (RM7,761), dua pilihan warna iaitu Racing Red (merah) dan Techno Grey.

TRENKUASA

Bajaj Pulsar N250 F250 India - 4
Bajaj Pulsar N250 F250 India - 10
  • Bajaj Auto memasang enjin 4-lejang silinder tunggal DTS-i  249.07cc dengan sistem penyejukan minyak dan teknologi sistem suntikan bahan api, menghasilkan kuasa 24.1hp @ 8,750rpm dan tork 21.5Nm @ 6,500rpm.
  • Transmisi digunakan ialah klac manual 5-kelajuan dengan ciri klac anti-gelincir (A&S) untuk memudahkan penukaran gear.

DESAIN

Bajaj Pulsar N250 F250 India - 8
Bajaj Pulsar N250 F250 India - 14
  • Menggunaka lampu projektor LED, lampu siang (DRL) LED, lampu signal membelok LED dan lampu belakang LED.
  • F250 mempunyai fairing sporty dengan visor angin dan cermin sisi dipasang pada fairing panel depan. Tambahan lain ialah kowl bawah enjin dua-tona.
  • N250 tidak menggunakan visor angin dan cermin sisi dipasang pada bar hendal. Model naked itu juga ada kowl bawah enjin.
Bajaj Pulsar N250 F250 India - 13
Bajaj Pulsar N250 F250 India - 12
  • Pelana gaya baharu terbahagi dua dengan konsep bertingkat dan dilengkapi  tangki minyak gaya maskular seluas 14 liter (kedua-dua model). Ada slot USB dekat bahagian tangki minyak.
  • Instrumen meter jenis kombinasi analog digital yang memaparkan maklumat spidometer, kedudukan gear, penggunaan bahan api dan jarak tunggangan selain pelbagai butang lampu petunjuk.
  • Menggunakan casis tubular dan sistem suspensi merangkumi fork teleskopik 37mm dan monoshock Nitrox di bahagian belakang. 
  • Rim aloi 17 inci dilengkapi sistem brek cakera tunggal depan 300mm, belakang 230mm dengan teknologi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) satu saluran.
  • Tayar digunakan siri Pulsar 250 berukuran 100/80 (depan), 130/70 (belakang).
  • Berat Pulsar N250 ialah 162kg manakala versi fairing ada tambahan lebih 2kg (164kg). Sistem ekzos tunggal adalah rekaan baharu. 

BACA >>> EMOS Kini Sah Pengedar Eksklusif Motosikal Kawasaki Di Malaysia
BACA >>> 8 Sebab Kenapa Motosikal Elektrik Lebih Baik daripada Motosikal Petrol?
BACA >>> #ApaNakBuat: Cara DIY Laraskan Brek Dram Motosikal di Rumah

Bajaj Pulsar N250 F250 India - 1
Bajaj Pulsar N250 F250 India - 6
Bajaj Pulsar N250 F250 India - 0
Bajaj Pulsar N250 F250 India - 16
Bajaj Pulsar N250 F250 India - 17
Bajaj Pulsar N250 F250 India - 14
Bajaj Pulsar N250 F250 India - 8
Bajaj Pulsar N250 F250 India - 7
Bajaj Pulsar N250 F250 India - 9
Bajaj Pulsar N250 F250 India - 11
Bajaj Pulsar N250 F250 India - 15
Bajaj Pulsar N250 F250 India - 10

SUMBER: FirstPost | BikeWale |News18

Related

556
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Bajaj Auto, Bajaj Pulsar 250, Modenas 250cc, modenas pulsar, roda2, Sportbike India 250cc

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev