• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Tempahan Tiket MAS Naik 1,000 Peratus untuk Penerbangan Domestik!

Tempahan Tiket MAS Naik 1,000 Peratus untuk Penerbangan Domestik!

October 28, 2021 By Han Othman Leave a Comment

321
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMBUKAAN semula aktiviti pelancongan dan rentas negeri seluruh negara nampaknya melegakan banyak pihak. Antaranya syarikat penerbangan tempatan apabila menerima tempahan luar biasa.

Syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines (MAS) misalnya mendakwa mencatatkan peningkatan hingga 1,000 peratus untuk tempahan penerbangan dalam negara.

Malah, cabang operasi pelancongan MAS, MHholidays, menunjukkan aliran menaik dengan pakej percutian dijual lebih 100 peratus daripada sasaran. Perkembangan positif itu disambut baik MAS yang optimis industri penerbangan negara bakal pulih.

MAS juga mengharapkan industri penerbangan dunia pulih seperti sedia kala, lebih awal daripada jangkaan, iaitu pada suku kedua dan ketiga 2022 untuk pasaran domestik dan Asean, serta dunia menjelang 2024.

Syarikat juga menyatakan komitemen untuk terus menyokong inisiatif Kerajaan dan menjadi salah satu pemain utama menggalakkan percutian domestik melalui promosi berterusan.

MAS pernah mendedahkan berdepan pengurangan kapasiti hingga 96 peratus pada kemuncak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) antara Mac-Mei 2020, dan kadar kerugian tunai tinggi setiap sebulan disebab tiada aliran pendapatan hasil.

BACA >>> Kereta Terbang AirCar Buat Penerbangan 35 Minit, Setinggi 2,500 Meter
BACA >>> Dron UTHM Mampu Terbangkan Kargo 200kg, Masuk Rekod Malaysia

SUMBER: SinarHarian

Related

321
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Kapal Terbang, Malaysia Airlines (MAS), MAS, MAS Airlines, Penerbangan Domestik, pesawat udara, Syarikat Penerbangan Nasional

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my