• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lebih 2 Juta Penonton Saksikan Aksi Dramatik Pusingan Kedua Vios Challenge 2021

Lebih 2 Juta Penonton Saksikan Aksi Dramatik Pusingan Kedua Vios Challenge 2021

October 27, 2021 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


LEBIH dua juta penonton menyaksikan aksi dramatik perlumbaan Pusingan Kedua Vios Challenge di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hujung minggu lalu.

Perlumbaan kali ini disiarkan secara langsung menerusi beberapa medium atas talian seperti laman web Toyota, Facebook  Toyota dan platform media sosial lain.

BACA >>> Toyota GAZOO Racing (TGR) Hasilkan Semula Alat Ganti Land Cruiser 40 Series
BACA >>> 8,033 Unit Kereta Toyota, Lexus Terjual Sepanjang September 2021

Toyota Gazoo - 4
Toyota Gazoo - 6

Cabaran Pusingan Kedua lebih mencabar apabila barisan pelumba terpaksa beraksi dalam keadaan cuaca tidak menentu yang menguji kehebatan mereka mengendali jentera lumba masing-masing atas trek kering dan basah.

Pelumba baharu yang juga pemandu kereta touring, Mitchell Cheah mencuri tumpuan ramai apabila mempamerkan aksi saingan menarik sebelum mengakhiri perlumbaan di tempat kedua.

BACA >>> Tak Tahan Stres, Wanita Pandu Kereta Masuk Bangunan Lapangan Terbang

Toyota Gazoo - 1
Toyota Gazoo - 8

Selain Mitchell, aktor Shukri Yahaya mengungguli kedudukan nombor satu selama dua hari untuk saingan kategori Promotional sebelum menaiki podium sebagai juara.

Ketua Pegawai Sukan Permotoran GAZOO Racing Malaysia, Akio Takeyama berkata;

Melihat pada aksi di trek dan luar litar, memang jelas semua orang dalam komuniti tidak sabar untuk kembali beraksi. Perlumbaan memang cukup sengit.

“Selaku penganjur acara, salah satu aspek diberikan perhatian khusus bukan hanya menguruskan perlumbaan di trek, tetapi juga memastikan setiap sudut dan patuh kepada peraturan melindungi semua orang di sini (Litar SIC) daripada ancaman Covid-19. Ini tetap jadi keutamaan kami.”

BACA >>> Menteri India Nak Tukar Bunyi Siren Kenderaan Guna Muzik Tradisional
BACA >>> Mungkin Dibuli atau Stres, UKM Beri Bantuan Psikososial Kepada Lelaki 11 Bonggol

Toyota Gazoo - 2
Toyota Gazoo - 9

SUPER SPORTING CLASS

Toyota Gazoo - 3
Toyota Gazoo - 7

Tidak seperti perlumbaan hari pertama dalam cuaca panas terik, saingan hari kedua lebih mencabar disebabkan hujan. Rata-rata pemandu bukan saja perlu cekap mengendali jentera masing-masing atas permukaan trek basah, tetapi berdepan jarak pandangan terhad.

Situasi itu memihak kepada pelumba pasukan M7 Japan Project Team, Syafiq Ali yang muncul juara, manakala rakan pasukan, Faidzil Alang menamatkan saingan di tempat ketiga. Mitchell (pasukan 23 Motors) turut naik podium sebagai naib juara.

SPORTING CLASS

Hujan dalam perlumbaan menyaksikan Adam Khalid (Crestmax Motorsport) muncul juara. Dia sebenarnya bermula dari grid ke-15, tetapi memintas semua pencabar di lap ke-6 dan terus mengekalkan dominasi hingga lengkap 20 lap.

Tempat kedua milik pelumba Aylezo Motorsport, Mirza Syahmi Mahzan dan Eric Yon, ketiga.

Gazoo Toyota - 0
Gazoo Toyota - 1

ROOKIE CLASS

Perlumbaan orang muda menyaksikan Amer Harris, 17 tahun muncul juara dengan menduduki ranking ketujuh keseluruhan memandangkan grid lumba dikongsi bersama barisan pelumba Super Sporting Class.

Tempat kedua menjadi milik Mika Hakimi, manakala Putera Adam, 14, ketiga.

PROMOTIONAL CLASS

Perlumbaan dimenangi Shukri Yahaya selepas 18 lap dan diikuti Nabil Ahmad, manakala pelakon dan pelawak popular, Zizan Razak, ketiga.

Shukri dan Zizan kini memiliki peluang sama rata untuk muncul johan keseluruhan Promotional Class yang menjadikan saingan musim ini lebih menarik bagi kategori selebriti.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Roda4, sukan permotoran, Toyota Gazoo, Toyota Vios Challenge, UMW Toyota

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev