• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jualan Ducati Global Meroket Tinggi, 9 Bulan Sudah Atasi Jualan 2020

Jualan Ducati Global Meroket Tinggi, 9 Bulan Sudah Atasi Jualan 2020

November 4, 2021 By Wahid Leave a Comment

53
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BOLEH dikatakan semua pengeluar motosikal mencatat jualan yang lebih tinggi tahun ini apabila dibandingkan prestasi tahun lalu.

Jualan 2020 ialah tahun paling pedih bagi banyak pengeluar akibat pandemik Covid-19. Jadi tidak hairan Ducati mencatat jualan lebih banyak pada suku ketiga 2021. Malah pengeluar dari Itali itu menjual lebih banyak motosikal dalam sembilan bulan pertama tahun ini berbanding jualan sepanjang 2020.

BACA >>> Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
BACA >>> Ducati Scrambler Nightshift Lancar di Malaysia, Harga RM65.9k!

Dari segi angka, jualan sembilan bulan tahun ini ialah 49,693 unit berbanding 48,042 unit (2020). Namun, pencapaian itu bukan saja terbaik berbanding 2020, tetapi juga prestasi terbaik dalam sejarah syarikat itu.

Naib Presiden Jualan Global Ducati dan Selepas Jualan, Francesco Milica berkata;

Ducati menghabiskan sembilan bulan pertama 2021 dengan jualan yang mendahului jumlah motosikal terjual sepanjang 12 bulan dalam 2020. Kami juga merekodkan penjualan tinggi bagi rangkaian pakaian, aksesori dan alat ganti."

Itali masih menjadi pasaran terbesar Ducati (7,954 unit), diikuti Amerika Syarikat (7,475 unit) dan Jerman (5,627 unit). Model paling popular ialah Multistrada V4 terbaharu, disusuli barisan Scrambler 800, Streetfighter V4 dan barisan Monster.

Prestasi itu mungkin berkekalan untuk tahun depan (2022) berdasarkan kenaikan semula sektor motosikal. Selain itu, Ducati juga bakal memperkenalkan beberapa model baharu seperti Multistrada V4 Pikes Peak, Streetfighter V2, dan DesertX.

BACA >>> Sport Adventure Paling Berkuasa, Ducati Multistrada V4 Pikes Peak Lancar, Harga RM120k
BACA >>> #Spyshot: Ducati Bangunkan Streetfighter V2 yang Lebih Murah?

Related

53
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Ducati, Ducati Global, Jualan Ducati 2021, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
    #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini
    Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev