TRIUMPH ] pernah menghasilkan model edisi terhad dipanggil Street Twin Gold Line pada Febuari lalu yang tampil dengan lencana Triumph dan strip emas yang dicat menggunakan tangan.
Model itu hanya dihasilkan 1,000 unit utnuk pembeli seluruh dunia, dan habis dijual sebelum sampai ke mana-mana bilik pameran, manakala di Malaysia cuma ada satu unit sahaja.
BACA >>> Triumph Tiger Sport 660 (2022) Debut, Dijangka Masuk Malaysia 2022, Anggaran Harga RM50k
Justeru, Triumph kali ini melancarkan bukan satu atau dua model baharu, tetapi lapan model Gold Line Limited Edition untuk barisan Bonneville. Bezanya, model kali ini tiada nombor pembuatan edisi terhad, tetapi dikeluarkan dalam tempoh masa terhad, setahun sahaja.
Strategi itu bakal menghasilkan model eksklusif dengan mendapat harga jualan semula lebih tinggi.
BACA >>> Triumph Tiger 900 Bond Edition Sempena Filem James Bond, 240 Unit Sahaja, Harga RM83.9k
Semua lapan model itu menampilkan ciri yang ada pada Bonneville baharu dan dikemas kini, serta setiap unit mendapat skema ] Gold Line tersendiri. Menurut Triumph, peminat jenama itumahukan warna lebih cerah. Setiap unit juga akan mendapat tandatangan artis (mungkin disorokkan bawah tangki atau pelana) yang mengecat logo dan strip emas pada motosikal berkenaan.
Selain itu, setiap model Gold Line (kecuali dua unit Scrambler) akan mempunyai aksesori khas yang serasi dengan warna badan seperti visor angin, beg dan sebagainya.
BACA >>> Triumph Lancar Speed Triple 1200 RR (2022), Lebih Berkuasa, Sporty! Harga Mula RM103k
BACA >>> Adakah Ini Imej Bonneville 200cc Hasil Kerjasama Bajaj-Triumph untuk Pasaran India?
Berikut senarai model Gold Line Limited Edition dengan skema warna masing-masing, termasuk harga di Amerika Syarikat (AS):
- Bonneville T100 Gold Line Edition – Silver Ice dan Competition Green - AS$11,450 (RM47,510).
- Street Scrambler Gold Line Edition – Matt Pacific Blue, Graphite, dan Matt Jet Black - AS$11,950 (RM49,590).
- Bonneville Speedmaster Gold Line Edition – Silver Ice dengan Sapphire Black - AS$14,200 (RM58,920).
- Bonneville Bobber Gold Line Edition – Carnival Red dan Sapphire Black - AS$14,200 (RM58,920).
- Bonneville T120 Gold Line Edition – Silver Ice dengan Competition Green - AS$13,100 (RM54,360).
- Bonneville T120 Black Gold Line Edition – Matt Sapphire Black dengan Matt Silver Ice - AS$13,100 (RM54,360).
- Scrambler 1200 XC Gold Line Edition – Carnival Red, Storm Grey, strip Aluminum Silver, dan Jet Black AS$16,500 (RM68,470).
- Scrambler 1200 XE Gold Line Edition – Baja Orange, Silver Ice, strip Pure White, dan Jet Black - AS$15,100 (RM62,660).
Semua harga di atas adalah anggaran sahaja.
Leave a Reply