• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Suzuki Malaysia Lancar Model Legenda Hayabusa, V-Strom 1050XT

Suzuki Malaysia Lancar Model Legenda Hayabusa, V-Strom 1050XT

October 26, 2021 By Shawkath Leave a Comment

573
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI Malaysia melancarkan dua model terbaharu, iaitu hyperbike perdana legenda Hayabusa dan sports adventure, V-Strom 1050XT.

Dua model berkapasiti besar itu kini boleh dilihat dan ditempah di bilik pameran Suzuki Big Bike World seluruh negara.

Hayabusa ditawarkan pada harga cadangan RM111,200 seunit, manakala V-Strom 1050XT, RM81,900, tidak termasuk insurans dan caj pendaftaran.

BACA >>> #RetroAuto: Tentang Hayabusa, Syarat Emisi dan Pakatan Sulit Hadkan Halaju Superbike
BACA >>> Suzuki India Tutup Sementara Tempahan Hayabusa (2021) Sebab Laris Sangat

SUZUKI HAYABUSA

Warna
  • Ada tiga warna pilihan ditawarkan, iaitu:
    • Glass Sparkle Black/Candy Burnt Gold (hitam-emas)
    • Metallic Matte Sword Silver/Candy Daring Red (perak-merah)
    • Pearl Brilliant White/Metallic Matte Stellar Blue (putih-biru)
SUZUKI HAYABUSA FILIPINA 2021 -15
SUZUKI HAYABUSA FILIPINA 2021 -14
logo-suzuki-hayabusa
SUZUKI HAYABUSA FILIPINA 2021 -13
  • Hayabusa pernah memegang gelaran motosikal pengeluaran terpantas dunia dengan menjadi penanda aras superbike baharu ketika mula diperkenalkan pada 1999, mencecah kelajuan hampir 300kmj!
  • Ini ialah Hayabusa generasi ketiga yang masih mengekalkan rekabentuk yang menitikberatkan prestasi tinggi dan mematuhi standard emisi Euro5.

BACA >>> #RetroAuto: Suzuki Hayabusa - Satu Perjalanan Hidup Legenda Superbike Terpantas

2021-suzuki-hayabusa-13
2021-suzuki-hayabusa-2
  • Dijana trenkuasa 4-lejang 4-silinder sebaris DOHC 1,340cc penyejukan cecair berkuasa 187hp @ 9,700rpm dan tork 150Nm @ 7,000rpm, serta dipadankan transmisi klac manual 6-kelajuan.
  • Hadir dengan sistem suntikan suapan sisi Suzuki Side Feed Injector (S-SFI), yang mana hantaran bahan api dilakukan secara suntikan berkembar dengan unit suntikan kedua diposisikan pada sudut sisi corong ambilan.

BACA >>> #BikinMotor: Siapa Sangka Bajaj Pulsar 220 Boleh Jadi Suzuki Hayabusa GSX1300R!

SUZUKI HAYABUSA FILIPINA 2021 -1
SUZUKI HAYABUSA FILIPINA 2021 -10
  • Suntikan petrol dihala ke arah plat pemantul dalam corong dan membentuk kabus bahan api halus yang kemudian memasuki kebuk pembakaran untuk tambahan kuasa dan tork hingga 2 peratus dalam rev enjin rendah-sederhana.
  • Terotel elektronik ride-by-wire memberikan respons lebih natural, ringan dan perahan kuasa lebih linear. Ini ditambah dengan saiz badan terotel (throttle body) lebih kecil, iaitu 43mm berbanding 44mm.
  • Dipasang sistem ekzos baharu yang membantu menyempurnakan prestasi kuasa dalam pusingan rev rendah hingga sederhana.

BACA >>> Suzuki Siar Video Acah Hayabusa Baharu, Kelajuan Maksimum Cecah 300kmj!

suzuki-hayabusa-2021-12
suzuki-hayabusa-2021-15
  • Casis Hayabusa menggunakan material aloi aluminium twin-spar ringan.
  • Memiliki nisbah berat seimbang 50:50 antara depan dan belakang.
  • Dipasangkan fork terbalik (USD) KYB 43mm boleh laras (depan) dan monoshock KYB (belakang).
Teknologi Suzuki Hayabusa
  • Sistem brek menggunakan brek cakera kembar 320mm dengan kaliper Brembo Stylema 4-piston, manakala roda belakang menggunakan cakera tunggal dengan kaliper Nissin 1-piston, dan dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Ada teknologi tunggangan pintar Suzuki Intelligent Ride System (SIRS), terdiri daripada SDMS-α, yang menawarkan lima mod tunggang, selektor mod kuasa, kawalan traksi, kawalan brek enjin, Quickshift dua hala, dan sistem anti-wheelie.

BACA >>> #EICMA2019: Suzuki V-Strom 1050 (2020) Tampil Lebih Menyengat, Berkuasa

SUZUKI V-STROM 1050XT

Warna
  • Ada dua warna pilihan iaitu:
    • Metallic Oort Gray No.3/Glass Sparkle Black (hitam-kelabu)
    • Pearl Brilliant White/Glass Blaze Orange (putih-jingga)
  • Menampilkan rekabentuk lebih tajam dengan rekaan muncung menonjol sebagai tribut kepada jentera lumba padang pasir legenda, Suzuki DR-Z dan model komersial off-road DR-BIG.
  • Dianggap model Suzuki paling lengkap membolehkan penunggang meneroka potensi sebenar jentera advencer sport.
  • Trenkuasa patuh Euro5 jenis 4-lejang 1,037cc DOHC 90º V-Twin penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api berkuasa 105hp @ 8,500rpm dan tork 101Nm @ 4,000rpm. Kotak gear klac manual 6-kelajuan.

  • Kapasiti tangki petrol 20 liter.
  • Sistem brek menggunakan brek cakera kembar (depan) dan cakera tunggal (belakang).
  • Hadir dengan Sistem Tunggangan Pintar Suzuki (SIRS)  iaitu pakej elektronik terdiri daripada:
    • Brek Jejak Gerak (Motion Track Braking, MTB)
    • Kawalan Pegun Bukit (Hill Hold Control, HHC)
    • Kawalan Dependan Beban (Load Dependant Control)
    • Kawalan Jelajah (Cruise Control)
    • Sistem Kawalan Traksi (TCS)
    • Pilihan Mod Pacuan Suzuki (Suzuki Ride Mode Selector, SDMS)
    • Kawalan Dependan Cerun (Slope Dependant Control, SDC)
  • Sistem kawalan jelajah mampu mengekalkan halaju ditetapkan penunggang tanpa perlu memulas terotel. Kelajuan jelajah boleh disetkan serendah 50-160kmj dalam gear 4 atau ke atas menerusi suis pada kanan bar hendal. Suis hendal kiri pula utnuk menetapkan kadar halaju dikehendaki.
  • Halaju jelajah dimatikan automatik dalam beberapa situasi seperti membrek, tuil klac, menukar gear, memulas terotel, halaju bawah 50kmj, berada dalam gear 3 (atau ke bawah) dan jika tayar tergelincir.
  • Ada tiga tetapan SDMS bermula respons pendikit lebih agresif hingga lebih lembut.
  • Hadir dengan set kotak sisi aluminium tulen Suzuki perak sebagai ciri standard.
  • Ada beberapa komponen eksklusif seperti kowl aluminium bawah enjin, bar aksesori, lampu belok LED, gad jari, pelana boleh laras, visor angin boleh laras dan soket kuasa 12V, serta tongkat tengah.
  • Setiap pembelian diberikan waranti 2 tahun atau jarak perbatuan 20,000km (mana satu tiba dulu). Maklumat lanjut boleh layari laman www.suzuki.com.my.

BACA >>> Honda CB1300 (2021) dengan Gaya Retro Lancar di Jepun, Harga Mula RM61.3k
BACA >>> Suzuki-GSX1000GT (2022) Lancar dengan Ciri Lebih Moden untuk Kaki Kembara
BACA >>> Suzuki Hayabusa, Yamaha YZF-R6 Pula Dijumpai Tersadai di India
BACA >>> YBHoonda PCX 150 - Skuter Klon Honda PCX 150 Di China?

Related

573
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: roda2, Suzuki Hayabusa (2022), Suzuki Hayabusa Malaysia, Suzuki Malaysia, SUZUKI V-STROM 1050XT

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev