• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lalok, Bergaduh, Polis Cekup Polis Palsu

Lalok, Bergaduh, Polis Cekup Polis Palsu

October 25, 2021 By Shawkath Leave a Comment

211
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG lelaki yang menyamar anggota polis untuk melindungi dirinya selepas terlibat dalam pertelingkahan membawa padah apabila dia kemudian ditahan sepasukan polis.

Suspek ditahan di deretan rumah kedai di Taman TTDI Groove di Kajang pada Sabtu lalu. Dalam insiden itu, suspek mendakwa bertugas di Balai Kajang dan mengaku berada di bawah pengaruh dadah.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, polis menerima laporan insiden pertelingkahan melibatkan suspek kira-kira jam 2.29 pagi, dipercayai mengenai masalah hutang sewa rumah.

Kejadian dileraikan orang awam dan dalam kejadian itu suspek seorang lelaki tempatan berusia 30-an mengaku dirinya anggota polis serta mengeluarkan kad kuasa polis untuk melindungi diri.

"Oleh kerana curiga, pengadu dalam kejadian ini seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun menghubungi pihak polis untuk hadir ke lokasi kejadian," katanya.

Hasil pemeriksaan polis mendapati suspek menggunakan kad kuasa palsu dan ditahan anggota polis peronda.

Hasil siasatan, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang berjaya merampas beberapa peralatan polis iaitu sepasang baju operasi polis tertera nama suspek, kasut, tali pinggang, satu unit gari dan kad kuasa polis.”

Suspek direman sehingga Jumaat untuk membantu siasatan membabitkan kes penyamaran sebagai anggota polis.

BACA >>> Polis Rampas Camry YB Beliau Pinjam Tak Nak Pulang
BACA >>> Bukan Beli Tetapi Polis Cuma Jalankan Ujian Percubaan 5 Unit Kenderaan
BACA >>> Polis Brazil Guna Kenderaan Mewah, Sport Penjenayah Sebagai Aset Penguatkuasaan

SUMBER: SinarHarian

Related

211
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Mohd Zaid Hassan, Polis Kajang, Polis Palsu, Taman TTDI Groove, tular, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev