• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Misteri Kehilangan Amelia Earhart, Juruterbang Wanita Pertama Cuba Keliling Dunia

Misteri Kehilangan Amelia Earhart, Juruterbang Wanita Pertama Cuba Keliling Dunia

November 9, 2016 By Azhan O 1 Comment

590
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA anda pernah menonton filem komedi advencer, Night at the Museum: Battle of the Smithsonian, anda tentu kenal watak si juruterbang wanita, Amelia Earhart yang jatuh cinta dengan Larry Daley, watak utama lakonan aktor Ben Stiller.

Tahukah anda, walaupun genre filem itu ialah fiksyen, tetapi watak Amelia itu sendiri merujuk kepada individu sebenar. Amelia Earhart ialah seorang juruterbang wanita legenda, khususnya di Amerika Syarikat (AS) atas cubaannya menjadi wanita pertama cuba mengelilingi dunia. Malangnya pesawat dinaiki beliau lesap ketika merentasi Lautan Pasifik pada 1937.

Pada Oktober 2016, Pasukan Antarabangsa bagi Pemulihan Pesawat Bersejarah (TIGHAR) mengusulkan satu teori mengatakan Amelia selamat mendarat di sebuah pulau terpencil dan mati terdampar di sana. Terkini, pasukan saintis TIGHAR mendedahkan persamaan teori  - selamat mendarat dan mati terdampar - dengan penemuan rangka manusia terdampar di sebuah pulau dekat negara pulau republik Kiribati pada 1940. Kajian dan analisis yang dilakukan berdasarkan foto bersejarah Amelia nyata membongkar satu maklumat penting.

JURUTERBANG LEGENDA

Juruterbang wanita legenda, Amelia Earheart
Juruterbang wanita legenda, Amelia Earheart

Pada Mei 1932, Amelia menjadi wanita pertama yang terbang solo menyeberangi Lautan Atlantik, bermula di Kanada dan mendarat di Ireland. Tiga tahun kemudian, beliau melakukan aksi sama dengan terbang dari Hawaii ke California dan memenangi hadiah tunai AS$10,000 (RM42,153). Amelia cukup popular dan disukai warga AS bukan saja atas keberaniannya, tetapi juga kerana memiliki paras rupa yang cantik.

Bagaimanapun, dalam cubaan terbang mengelilingi dunia bersama pembantu juruterbang, Frederick J Noonan, pesawat dipandunya hilang di satu lokasi dekat Kepulauan Howland, di tengah Lautan Pasifik.

Pada Ogos lalu, salah seorang anggota TIGHAR, Ric Gillespie berkata, Amelia melakukan lebih 100 panggilan transmisi radio untuk meminta bantuan antara 2 hingga 6 Julai 1937, sekali gus mengetepikan teori yang menyatakan pesawat beliau terhempas. Panggilan Amelia dikatakan dihantar sejauh Texas dan Florida di AS serta Melbourne di Australia.

“Beliau ada membuat panggilan meminta bantuan," kata Gillespie sambil menegaskan Amelia dapat mendarat dengan selamat kerana radio tidak akan berfungsi tanpa enjin hidup.

MAKLUMAT BERCANGGAH

Aksi Amelia Earhart dalam kokpit pesawat.
Aksi Amelia Earhart dalam kokpit pesawat.
Amelia Earhart di hadapan pesawatnya.
Amelia Earhart di hadapan pesawatnya.

Lebih 70 tahun lalu, ada beberapa serpihan tulang manusia ditemui di sebuah pulau dekat Nukumaroro, juga dikenali sebagai Pulau Gardner, kira-kira 482km dari selatan Pulau Howland. Tetapi, keputusan analisis pada 1940 mendakwa tulang ditemui itu ialah rangka seorang lelaki dan bukan perempuan, sekali gus mengetepikan kaitan dengan kehilangan Amelia.

Bagaimanapun, apabila TIGHAR membuka semula fail analisis berkenaan pada 1998 (18 tahun lalu), teknik analisis moden yang dibuat pada tahun itu mengesahkan tulang-tulang tersebut ialah konsisten dengan rangka seorang perempuan, termasuk ketinggian dan asal etnik yang ada kaitan dengan Amelia.

Kajian paling terbaru, pakar antropologi, Richard Jantz tampil menafikan analisis tersebut - rangka perempuan - menerusi satu analisis terkini yang menurutnya lengan bawah rangka itu terlalu besar berbanding saiz perempuan normal. Namun, tanpa mengetahui dimensi sebenar tubuh Amelia, Jantz masih tiada alasan kukuh untuk membuat perbandingan untuk mengatakan lengan bawah Amelia adalah lebih panjang berbanding perempuan normal.

PENYELESAIAN SAINS

Foto Amelia Earheart yang digunakan untuk mengukur panjang tulang yang dikatakan milik mangsa.
Foto Amelia Earheart yang digunakan untuk mengukur panjang tulang yang dikatakan milik mangsa.

Tidak berputus asa dengan penafian Jantz, saintis TIGHAR meminta pula bantuan pakar pengimejan forensik, Jeff Glickman. Dengan menggunakan foto bersejarah yang memaparkan gambar Amelia berbaju tanpa lengan, Glickman menggunakan kepakarannya untuk mengira nisbah antara tulang dalam lengan atas dan bawah.

Kerana terdapat tisu atas rangka pada manusia yang hidup, lokasi setiap hujung tulang mesti dikira." - Jeff Glickman

Walaupun baju Amelia agak menyukarkan proses analisi, tetapi Glickman menggunakan titik pada bahu, kedutan siku dan lekukan pergelangan tangan sebagai penanda.

Berdasarkan bukti dan pengalaman saya dalam lapangan fotogrametri dan interpretasi foto, saya anggarkan nisbah radius-humerus bagi Amelia ialah 0.76." - Jeff Glickman

Dalam kata lain, perbezaan lengan bawah dan atas boleh dikatakan identik kepada bahagian rangka manusia yang ditemui di Pasifik Selatan. Walaupun, penemuan terbaru itu masih tidak dapat mengesahkan sama ada Amelia terdampar di pulau atau maut akibat pesawat terhempas, tetapi maklumat berkenaan pastinya memberikan jejak positif ke arah kajian lain yang lebih penting.

SUMBER: New York Post

Related

590
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Amelia Earheart, autotainment, juruterbang wanita, juruterbang wanita legenda, Night at the Museum : Battle of the Smithsonian, wanita pertama mengelilingi dunia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev