• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Foxconn Pamer Tiga Prototaip EV Termasuk Bas, Mahu Bergelar Pengeluar Automotif

Foxconn Pamer Tiga Prototaip EV Termasuk Bas, Mahu Bergelar Pengeluar Automotif

October 20, 2021 By Shawkath Leave a Comment

43
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

FIRMA elektronik Taiwan, Foxconn Technology Group (Foxconn) mempertontonkan tiga model kenderaan elektrik (EV) terbaharu sekali gus menunjukkan komitmen penerokaan untuk bergelar pemain utama dalam segmen EV automotif global.

Foxconn yang juga terlibat dalam aktiviti pemasangan telefon pintar iPhone Apple mendedahkan barisan prototaip EV itu di Taipei, ibu kota Taiwan membabitkan sebuah sedan mewah, kenderaan utiliti sukan atau crossover dan bas.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Mengesan Kereta Pernah Tenggelam Banjir?
BACA >>> Jika Terlanggar Tiang Elektrik, Lebih Baik Jangan Keluar Kereta

Firma itu sudah berkecimpung dalam pembangunan perisian dan pekakas yang boleh digunakan pengeluar automotif lain dalam pembangunan produk EV. Mereka juga sudah menandatangani perjanjian dengan syarikat lain seperti Fisker dan Lordstown Motors untuk membangun dan pengeluaran kenderaan berskala besar.

foxconn-mih-modular-ev-platform_100766134_h
foxtron-model-t
foxtron-model-c
foxtron-model-e

BACA >>> #TahukahAnda: Jenis Kayu untuk Kemasan Kabin Kereta yang Perlu Anda Tahu

Tiga prototaip itu dipanggil Foxtron Model C (crossover), Model E (sedan) dan Model T (bas). Menurut laporan, Foxconn menjalin kerjasama dengan pembuat kenderaan Taiwan, Yulon Motor untuk menyiapkan model-model prototaip itu. Kerjasama itu menyaksikan pembentukan Foxtron setahun lalu.

Nama Model C dan Model T pernah digunakan Ford sebelum ini dan pengeluar kenderaan Amerika Syarikat itu sudah memfailkan tanda dagang Model E pada 2013. Ford pernah menghalang Tesla daripada menggunakan nama Model E untuk kereta Model 3. Bagaimanapun, tiada kepastian sama ada Foxconn mahu menggunakan ketiga-tiga nama itu kelak. 

BACA >>> Ford Motor Tutup Operasi Kilang di India Selepas Rugi Lebih RM8 bilion

Model C dan Model E dihasilkan menggunakan platform modular Foxconn yang dipertontonkan kira-kira setahun lalu.

  • Model C yang dikatakan versi crossover saiz kecil memiliki konfigurasi tempat duduk 5+2 dan mampu mencapai kelajuan 100kmj dalam masa 3.8 saat.
  • Model E yang direka firma Pininfarina pula kereta sedan saiz sederhana yang menawarkan kuasa sekitar 750hp dan mencapai kelajuan 100kmj dalam masa 2.8 saat. Model E dan C boleh capai jarak pemanduan lebih 643km.
  • Model T pula hampir memasuki barisan pengeluaran dan berupa sebuah bas yang mampu mencecah kelajuan maksimum 120kmj. Jarak pemanduan setiap cas ialah 402km.

BACA >>> Skuter Retro Pelik, Yamaha Vinoora dan Vinoora M Lancar di Taiwan, Harga Mula RM11k
BACA >>> Toyota Corolla - Kereta Paling Laris Dunia, Terjual Setiap 28 Saat
BACA >>> Kajian: Jualan Kenderaan Baharu Merudum, Pemilik Lebih Suka Guna Kereta Sedia Ada

SUMBER: NYTimes | MotorAuthority |Motor1

Related

43
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Fisker, Ford-Tesla-Foxconn, Foxconn Technology Group, Lordstown Motors, Model C, Model E, Model T, Pininfarina, Yulon Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev